Thursday, April 28, 2011

Air Kencing Unta

Ini adalah lanjutan kepada entri Segalanya Mengenai Unta

Selain dari susu dan daging unta, air kencing unta juga kini dicari orang sebagai penawar penyakit

KencingUnta 

Korang pernah dengar tak air kecing unta boleh digunakan untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear ? 

JEDDAH: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG

Sumber : mymetro

Dalil air kencing unta itu halal (boleh diminum)

Hadits berikut,“Beberapa orang dari kabilah ‘Ukel dan Urainah singgah di kota Madinah, tidak berapa lama perut mereka menjadi kembung dan bengkak karena tak tahan dengan cuaca Madinah. Menyaksikan tamunya mengalami hal itu, Rasululloh SAW memerintahkan mereka untuk mendatangi onta-onta milik Nabi yang digembalakan di luar kota Madinah, lalu minum dari air kencing dan susu onta-onta tersebut.” (Muttafaqun ‘alaih)

Sumber : tausyiah275.blogsome.com

Jangan terkejut ye, air kencing unta ni ada dijual pada kadar harga 100 riyal (RM82) utk 250 ml dan air kencing yang ada khasiat ialah kencing dari unta Badwi yang dipanggil Najeeb.

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

3 comments:

  1. adussss mcm tak tergamak nk minum...
    tp kalo tak tau tu air kencing unta maybe boleh gak telan kot..ubattttt huhu

    ReplyDelete
  2. @Mama Gee

    ya mmg tak tertelan, tapikan ma, kalau dah sakit, ubat ni telah terbukti mampu menyembuhkan

    ReplyDelete
  3. erm....minum cm gitu jer ke...?

    kalau di proses sikit...rasanya boleh je minum..nama pun ubat.. :)

    banyak betul khasian Unta ni yer.... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...