Tuesday, March 15, 2011

Tsunami : Gambaran Kiamat?

Semua sedia maklum mengenai kejadian tsunami yg melanda Jepun, hari Jumaat 11 Mac 2011 yg lalu.  Tsunami berlaku disebabkan oleh gempa bumi berskala 9, yg dikatakan paling kuat dlm sejarah negara Jepun.

japantsunamimap  Kredit : hanamemories.blogspot.com

Yang bertanda X adalah pusat gempa bumi.  Garisan berwarna merah adalah kawasan yg paling kuat dilanda tsunami

 

Kesan tsunami

Japan Earthquake

Japan Earthquake

capt.photo_1300088676144-10-0

mdf96992_16nlsgh-16nlsgl

  r3921581127 

Masih terbayang kejadian tsunami di Aceh, sehari selepas sambutan X’mass, 26 Dis, 2004, 7 tahun yg lalu.  Kesan tsunami di Aceh juga masih ada hingga kini, antaranya

aceh8

 1104852284_5787

Tsunami, tak pernah dengar perkataan tersebut, sehinggalah  berlakunya tsunami di Acheh.

Apa itu Tsunami?

Istilah ‘tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami).

Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pangkalan kapal.

Tsunami gambaran kiamat?  Atau mungkin kiamat kecil. 

Kiamat tentang hari kemusnahan alam :

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”

(Al-Zalzalah: 1-2)

“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”

(Al-Qaari’ah : 4-5)

Tsunami boleh dijangkakan tetapi tidak kiamat.  Tiada siapa yang tahu bila kiamat akan berlaku?

Allah SWT berkata kepada Nabi Muhammad tentang hari kiamat seperti berikut:

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang saat itu (hari kiamat), “Bilakah masa datangnya (hari kiamat itu)?” Katakanlah, “Sesungguhnya maklumat tentang hal itu ada pada Tuhanku. Tiada siapapun yang dapat menerangkan waktu datangnya (hari kiamat itu) melainkan Dia. Amatlah berat (kejadian hari kiamat itu) di langit dan di bumi. (Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) seolah-olah engkau memang tahu tentangnya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya maklumat tentangnya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Al-A’raaf: 187)

Lepas ni tsunami di mana pulak?  Hanya Allah yang maha mengetahui.  Mohon dilindungi tanahairku dari dilanda bencana tsunami. Amin.

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

1 comment:

  1. sekelip mata...semuanya musnah kan..? :(

    sayaada terbaca 1 blog ni..mengatakan tsunami di jepun..mmg dah tertulis dalam Al-Quran...subahannallah.....

    moga2 negara kita terlindung dari bencana ni kan..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW : HIJAU ITU INDAH PERMAI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...