Monday, March 28, 2011

Sarapan Baik Untuk Minda

Hi! Jumpa lagi di pagi Isnin.  Dah sarapan ? Pasti sudah! Ana dah sarapan sebelum subuh tadi dgn Abg Hafiz. 

P1060613 Sarapan Abg Hafiz mudah aje, roti bakar dgn butter dan kaya

P1060622

Walau pun hny roti bakar, Abg Hafiz tetap berselera, mee goreng, mihun goreng dan yg sewaktu dgnnya mmg dia tak pandang

SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.

Sebaliknya, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi untuk bersarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.

Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,

Perkembangan minda

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.

Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan

Sumber : Kosmo Online

P1070337 Sesekali sarapan mcm ni best jugak, roti wholemeal dibelah tengah, dialas dgn salad dan diisi dgn tuna mayonis ……. tapi cepat lapar lah pulak

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

1 comment:

  1. awal juga yer Ana bfz...

    yupp..bfz tu mmg sngt pntg...sebelum keluar rumah sy akan pastikan yg perut sy tk kosong..kalau tk smpt mkn...minum susu secawan pun jadi lah...

    kalau tak...pagi tu mesti rasa lemau jer...ngantuk..malas.... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    IKAN SEBELAH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...