Sunday, March 27, 2011

Puff Epal

Ana dah sarapan, korang dah ke sarapan?  Sarapan apa agaknya? Nasi lemak, roti canai, teh tarik, lontong atau kuih-muih jer?  Hari Ahad pasti ramai yg bersarapan dgn keluarga di gerai2.  Tapi bagi  Ana, di hari cuti lebih selesa bersarapan di rumah je, jemulah hari2 bersarapan di kantain/gerai dgn menu yg sama.

Jom tengok apa sarapan kami di pagi Ahad nan indah ni.

P1070323 Inilah menu sarapan kami ………. puff epal dan nasi goreng ikan bilis.  Puff epal ni buat lebih utk grandma bawa ke surau.

Inspirasi utk buat puff epal ni Ana dpt dari resepi Simple Apple Pie di blog Che Mat Gebu a.k.a CMG.  Utk resepi ni ana cuma guna roti canai segera brand Kawan, sbb tu je yg ada dlm icebox, namun hasilnya tetap sama

Resepi Puff Epal

Bahan Inti Epal

2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (ana guna kismis hitam)
2 1/2 camca besar gula perang

Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis dan gula perang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut.  Sejukkan.

Untuk Kulit Puff

Rori canai segera, brand Kawan
Kuning telur utk sapu di atas puff

Cara  membuatnya adalah sama seperti menyediakan Karipuff Segera

1.  Sekeping roti canai di potong 4

2.  Letak inti di atas kepingan roti canai. Temukan kedua bahagian supaya inti tertutup.  Kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling kepingan roti canai.

3.  Susun di atas loyang yg telah disapu dgn mentega. Buat torehan di permukaan puff.  Sapu kuning telur.

4.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan,

P1070322

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...