Monday, March 7, 2011

Kasut oh Kasut!!!!!!!!!!

kasutschool

Kejadian ni berlaku pada hari Jumaat minggu lepas, 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiulawal 1432H

Bila smp ke rumah dr pjbt, Abg Hafiz dah menjerit bagitau,

Mama, kasut sekolah saya hilang!

Ha! hilang kasut lagi, kasut baru pulak tu. Bengang + Geram

Nak pastikan bnr2 hilang kami sama2 mencari di setiap pelusuk sek. tapi hampa tak jumpa

Ini adalah kejadian yg ke 2, kali pertama kasut Abg Hafiz hilang kasut pada tahun 2009 hari pertama persekolahan, juga kasut baru.

Mcm mana boleh hilang?

alfurqan

Kasut abg hafiz hilang di sekolah agama sebelah petang.  Sek. agama yg terletak sepelaung dr rumah terletak di bgn surau.  Jadinya setiap kali nak masuk kelas semua pelajar diarahkan tanggalkan kasut dan simpan. 

Setiap hari, Abg Hafiz simpan kasut dlm beg plastik dan  diletak didalam kelas, siap tulis nama pada kasut. Bila selesai solat asar di surau, Abg Hafiz nak balik, kasut tu dah hilang.  Hingga kini kasut tu tak dikembalikan, redha dah tertulis kasut tu rezeki org lain.

Abg Hafiz pakai kasut saiz 7, besar tu, ana pun boleh pakai.  Kasut Abg Hafiz mudah nak kenal, wp kasut baru bhg tapak depannya dah nampak kesan haus dan rosak akibat suka benar berjalan  berjengket

images1Opss siapa lelaki ni?

Semalam, Ahad pi jugak ke kedai kasut di Alamanda beli kasut, saiz 7 utk  kasut yg biasa dibeli out of stock, tapi dapatlah jugak saiz 7 jenama lain, Alhamdulillah.  Khuatir juga jika tak ada saiz maklumlah skrg ni bukannya musim beli kasut sek.  Agaknya kilang kasut hanya aktif keluarkan kasut hujung tahun sempena promosi kembali ke sekolah.

Pernah juga terjadi Abg Hafiz tertukar seluar senaman dgn rakan sekolah semasa bersalin baju selepas sukan di sek. kebangsaan.  Saiz seluar tu lebih kecil tak padan dgn Abg Hafiz, tapi ana pastikan seluar tersebut dicuci bersih dan dikembalikan tapi seluar Abg Hafiz hingga kini hilang lesap tidak muncul.  Redha juga.

Coretan ni bukan sekadar nak melepaskan geram, tapi sebagai ibubapa/penjaga tanyalah khabar anak2 bila pulang dr sekolah lihat beg sekolah dan juga apa yg dibawanya pulang, sekiranya dibawa pulang harta yg bukan miliknya, kembalikanlah.  Tapi kalau ibubapa tak kisah, anak lagilah tak kisah bawa balik harta kepunyaan org lain.

Ana masih berharap kasut yg hilang tu dikembalikan, wp peluang utk mendptkan semula kasut tu adalah tipis ………

p/s ~ semenjak dua menjak ni mood utk menulis di blog semakin ke laut wp byk cerita, info, resepi dan idea utk dikongsikan

Sumber imej : Google, tq

416860msbhhg1zjm ana ayesha

2 comments:

  1. alahai....sape punya kerja la kan...

    budak2 lain ada tak yg hilang kasut juga..?


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NASI GORENG SABAR..b

    ReplyDelete
  2. @nabilah_2908 tak pastilah samada budak lain ada jugak hilang kasut, tapi kalau tak dipulangkan kasut tu, redha jerlah tak ada dah jadi rezeki org lain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...