Thursday, March 10, 2011

Kanan Itu Berkat

2724159324_18ffcd4ea7

SiKidal Yang Kreatif

Kali ni nak cerita pasal kidal atau lefthanded.  Dlm keluarga ana, Abg Hafiz kidal begitu juga adik bongsu ana Cu Mah.

P1060675

Kidal ni selalu dikaitkan sbg makhluk Allah yg istimewa.  Apa istimewanya sikidal?  Sikidal dikatakan sebagai kreatif kerana lebih menguasi otak kanan.

Hubungan Kidal dan Otak

Otak manusia berfungsi secara menyongsang iaitu otak kiri menguasai bahagian badan di sebelah kanan dan otak kanan pula menguasai bahagian badan di sebelah kiri.  Kidal memberi maksud lebih menguasai otak di sebelah kanan.

Otak kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) pula menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan

untitled copy(1)

p/s ~ maksud kreatif tidak semestinya pandai melukis sbb Abg Hafiz kantoi bab kerja seni ni tetapi boleh menulis jawi dgn baik, namun amat tidak berminat dgn pelajaran khat dan tak pernah pun score utk subjek trsbt

Kanan Itu Berkat

Masa kecik2 dulu selalu diajar supaya makan dgn tgn kanan, basuh b*r*k dgn tgn kiri.  Sesiapa yg makan dgn tangan kiri mengikut amalan syaitan.  Sungguh pun kidal, tapi bila tang makan mereka wajib menggunakan tangan kanan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:

“Apabila  seseorang daripada kamu hendak makan, maka makanlah dengan tangan kanannya.  Apabila hendak minum, maka minumlah dengan tangan kanannya.  Hal ini kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”

Apa jua pekerjaan yg baik, disunatkan dgn menggunakan tangan kanan atau anggota kanan seperti mengambil, memberi, masuk ke dalam masjid, bersalaman, menyikat rambut dan sebagainya.

p/s ~ kasut Abg Hafiz yg hilang tu dah jumpa katanya kawan sekelas punya kerja. Alhamdulillah kasut dah kembali kpd tuannya

416860msbhhg1zjm ana ayesha

5 comments:

  1. teringt pada DD....DD pun kidal juga..

    tp...dia tak berapa minat maths...kalau bab bahasa..dia ok...kalau tgk status2 dia kt FB nya...org takkan percaya dia yg tulis semua tu... :)

    oh..syukur lah dah jumpa balik kasut tu...kawan Abg Hafiz sengaja bergurau ye..? :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KENAPA SOROKKAN SHOUTBOX

    ReplyDelete
  2. opssss kita pun kidal...bab kreatif tu tak dinafikan...memang tak pandai dan tak minat mate...hehee

    ReplyDelete
  3. @nabilah_2908

    abg hafiz maths tu ok jugaklah pernah dpt markah terbaik akhir tahun tapi bahasa susah nak score, mungkin sbb malas membaca

    kasut hilang ..... budak2 gitulah

    ReplyDelete
  4. @Ogy

    ow mama pun kidal patutlah pandai bergaya, kreatif gitu hihihi

    ReplyDelete
  5. As Salam..my family takde sorang pun yg kidal...dulu-dulu..kalau budak pakai tgn kiri mesti kena ketuk..he.he..saja kot, nak biasakan tangan kanan..tapi, kalau dah azali nak buat camne kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...