Friday, March 25, 2011

Jumaat 20 Rabiulakhir 1432H

4277203303_afe2394306

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan hari Jumaat, penghulu segala hari

Hari ini adalah Jumaat yg ke 14 tahun 1432H dan Jumaat yang ke 12 bagi tahun 2011.  Pantas sungguh masa berlalu.  Hari ini kaum Adam akan berduyun2 ke masjid utk menunaikan fardhu Jumaat.

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Setibanya di masjid laksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali

(Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Sumber : http://nuraiman.wordpress.com/

 

Presentation1

Sekadar berkongsi pembacaan hari ini

416860msbhhg1zjm ana ayesha

1 comment:

  1. Ana....
    terima kasih kerana sudi berkongsi... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    RAISYA IMAAN TIHANEE

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...