Thursday, March 31, 2011

Bunuh Diri ……. Cubaan Membunuh Diri

Hai2 kembali bersiaran setelah 2 hari menyepi

Anda murung kerana ditimpa masalah, carilah penyelesaiannya

renungkan-lah

Jangan lakukan ini untuk menyelesaikan masalah ……. membunuh diri/cubaan membunuh diri

175px-Howtosuicide-building  bunuh diri

Membunuh diri adalah dosa besar di sisi agama Islam.  Orang yang membunuh diri akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia.

Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. :

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya.  Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya.  Sesiapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamnya di perut di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun … membunuh diri di kalangan yg mengaku Islam semakin meningkat …………

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Monday, March 28, 2011

Sarapan Baik Untuk Minda

Hi! Jumpa lagi di pagi Isnin.  Dah sarapan ? Pasti sudah! Ana dah sarapan sebelum subuh tadi dgn Abg Hafiz. 

P1060613 Sarapan Abg Hafiz mudah aje, roti bakar dgn butter dan kaya

P1060622

Walau pun hny roti bakar, Abg Hafiz tetap berselera, mee goreng, mihun goreng dan yg sewaktu dgnnya mmg dia tak pandang

SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.

Sebaliknya, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi untuk bersarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.

Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,

Perkembangan minda

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.

Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan

Sumber : Kosmo Online

P1070337 Sesekali sarapan mcm ni best jugak, roti wholemeal dibelah tengah, dialas dgn salad dan diisi dgn tuna mayonis ……. tapi cepat lapar lah pulak

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Sunday, March 27, 2011

Sabar Menanti Giliran

 

27-03-11_1255 @ K4 beratur lebih setengah jam sebelum tiba giliran utk bayar ……. sabar2x.  Hujung bulan dpt gaji masing2 bawa troli yg sarat.  Cashier di kaunter semuanya muka Melayu, mungkin bermakna mereka lebih dipercayai dan amanah

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Puff Epal

Ana dah sarapan, korang dah ke sarapan?  Sarapan apa agaknya? Nasi lemak, roti canai, teh tarik, lontong atau kuih-muih jer?  Hari Ahad pasti ramai yg bersarapan dgn keluarga di gerai2.  Tapi bagi  Ana, di hari cuti lebih selesa bersarapan di rumah je, jemulah hari2 bersarapan di kantain/gerai dgn menu yg sama.

Jom tengok apa sarapan kami di pagi Ahad nan indah ni.

P1070323 Inilah menu sarapan kami ………. puff epal dan nasi goreng ikan bilis.  Puff epal ni buat lebih utk grandma bawa ke surau.

Inspirasi utk buat puff epal ni Ana dpt dari resepi Simple Apple Pie di blog Che Mat Gebu a.k.a CMG.  Utk resepi ni ana cuma guna roti canai segera brand Kawan, sbb tu je yg ada dlm icebox, namun hasilnya tetap sama

Resepi Puff Epal

Bahan Inti Epal

2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (ana guna kismis hitam)
2 1/2 camca besar gula perang

Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis dan gula perang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut.  Sejukkan.

Untuk Kulit Puff

Rori canai segera, brand Kawan
Kuning telur utk sapu di atas puff

Cara  membuatnya adalah sama seperti menyediakan Karipuff Segera

1.  Sekeping roti canai di potong 4

2.  Letak inti di atas kepingan roti canai. Temukan kedua bahagian supaya inti tertutup.  Kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling kepingan roti canai.

3.  Susun di atas loyang yg telah disapu dgn mentega. Buat torehan di permukaan puff.  Sapu kuning telur.

4.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan,

P1070322

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011 vs Final Akademik Al-Quran 5

675549021

Earth Hour diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.  Acara tahunan ini dianjurkan oleh WWF (World Wildlife Fund).  Tujuannya untuk menangani masalah pemanasan global.  Suhu dunia sekarang ni kan semakin panas!

Dalam masa sejam iaitu dari 8.30 pm, penduduk dunia disarankan supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam.

Kurang 2 jam lagi acara earth hour akan bermula, begitu juga Akademik Al-Quran ke 5, finalnya secara langsung dari PICC Putrajaya mula pukul 8.30 pm juga akan disiarkan di TV9.  Ha macam mana tu? Nak join earth hour 2011 atau nak tengok final Akademik Al-Quran?

akademi-alquran-5-musim-kelima

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Friday, March 25, 2011

“JOIN BLOGLIST MISZLULLABY”

DSC_5420

SAYA NAK JOIN BLOGLIST MISZLULLABY

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Jumaat 20 Rabiulakhir 1432H

4277203303_afe2394306

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan hari Jumaat, penghulu segala hari

Hari ini adalah Jumaat yg ke 14 tahun 1432H dan Jumaat yang ke 12 bagi tahun 2011.  Pantas sungguh masa berlalu.  Hari ini kaum Adam akan berduyun2 ke masjid utk menunaikan fardhu Jumaat.

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Setibanya di masjid laksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali

(Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Sumber : http://nuraiman.wordpress.com/

 

Presentation1

Sekadar berkongsi pembacaan hari ini

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Tuesday, March 22, 2011

ENTRI SANTAI

Jom layan entri santai di pagi Selasa

Breakfast - Through Years After Wedding

Breakfast change during years after wedding:

1st. Year
!cid_003e01cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

2nd. Year
!cid_003f01cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

3rd. Year
!cid_004001cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

4th. year
!cid_004101cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

5th. year
!cid_004201cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

After 10 Years
!cid_004301cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

After 20 Years
!cid_004401cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

After 25 Years
!cid_004501cb7a35$7d1821e0$430a010a@HP6692ADNAN

How long did you say you were married???

p/s ~ memang tabik hormat pada wanita yg berkerjaya dan berjaya menyediakan sarapan utk keluarga setiap hari, wp hanya roti bakar

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Monday, March 21, 2011

BERCUTI SEMPENA CUTI SEKOLAH

kalimah bismillah

Alhamdulillah setelah 3 hari bercuti rehat dan 2 hari bercuti hujung minggu, hari ini kembali bertugas seperti biasa.

Macam biasa kalau dah cuti lama tu maknanya kembali ke  pangkuan kampung halaman yang indah di mata, indah jua di hati, T.I. 

110220204721 Gambar ihsan Utusan Online

Sebut je T.I. mestilah ingat menara jam tinggi yg menjadi tumpuan setiap acara termasuklah perkahwinan

Sepanjang berada di T.I. berkesempatan menziarahi sahabat grandma, Makcik Nany yg dimasukkan ke hospital kerana pembedahan membuang sedikit daripada usus kecilnya dan digantikan dgn saluran tiub. 

usus-buntu 

Makcik Nani adalah org kedua yg ana kenal telah menjalani pembedahan seumpamannya.  Simpton yg membawa kepada penggantian usus kecil adalah sakit perut yang amat sangat berlaku secara berulang2 dan akhirnya akan menjadikan pesakit tidak dapat lagi menahan kesakitan.  

18-03-11_1245

Makcik Nani dibedah pada hari Selasa, masih ditempatkan di Bilik Rawatan Rapi

18-03-11_1243

Masih lemah terbaring di katil

Pengalaman sahabat ana yg telah menjalani penggantian usus kecil ini adalah kesukaran untuk makan dlm kuantiti yg byk dan sekiranya mkn dlm kuantiti yg banyak akan berakhir dgn muntah.  Pastinya berlainan sekali anggota gantian buatan manusia berbanding anggota asli yang ciptaan ALLAH

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Thursday, March 17, 2011

Roti Poket

Hari ini 17 Mac 2011.  Bersiaran dari TI sempena cuti-cuti sekolah.  

Okay terus ke tajuk n3 ni Roti Poket.  Teruja ingin mencuba roti poket setelah di promo oleh sicantik manis MiiSzLuLLaBy 

Jom tgk gbr roti poket my version yg tak brp nak elok jadinya tapi ttp sedap dan menjadi kegemaran Abg Hafiz.

 P1070024

  Ana guna sausage ayam Ramly yg ditumis sebagai filling.  Seeloknya roti poket ni diletak sayur salad/tomato tapi Abg Hafiz mesti tak berkenan.

Cara buatnya mcm ni,

Bahan2 utk buat roti poket:

Roti sandwich

Telur

Serbuk roti ~ ana guna yg ready-made

Inti

Cara menyediakannya:

1.  Ambil 2 keping roti sandwich, lapiskan dan nipiskan dengan menggunakan penggolek doh

P1070199 P1070200

2. Celupkan roti yg telah dinipiskan ke dalam telur yg dipukul sedikit dgn garam.  Pastikan keseluruhan roti disaluti telur.

3.  Ratakan roti dengan serbuk roti.  Pastikan keseluruhan roti dilitupi  dengan serbuk roti

4.  Goreng roti dengan sedikit minyak.  Setelah  elok kuning di kedua2 belah, angkat dan toskan

P1070203

5.  Potong roti kepada 2 bhg secara menyerong

6.  Belah di bhg tengah roti untuk membentuk poket

P1070204

7.  Isikan inti ke dalam poket tersebut

P1070023

P1070032 Nyam…….nyam ……nyammmmmmmmmm …….. sedapnya

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami : Gambaran Kiamat?

Semua sedia maklum mengenai kejadian tsunami yg melanda Jepun, hari Jumaat 11 Mac 2011 yg lalu.  Tsunami berlaku disebabkan oleh gempa bumi berskala 9, yg dikatakan paling kuat dlm sejarah negara Jepun.

japantsunamimap  Kredit : hanamemories.blogspot.com

Yang bertanda X adalah pusat gempa bumi.  Garisan berwarna merah adalah kawasan yg paling kuat dilanda tsunami

 

Kesan tsunami

Japan Earthquake

Japan Earthquake

capt.photo_1300088676144-10-0

mdf96992_16nlsgh-16nlsgl

  r3921581127 

Masih terbayang kejadian tsunami di Aceh, sehari selepas sambutan X’mass, 26 Dis, 2004, 7 tahun yg lalu.  Kesan tsunami di Aceh juga masih ada hingga kini, antaranya

aceh8

 1104852284_5787

Tsunami, tak pernah dengar perkataan tersebut, sehinggalah  berlakunya tsunami di Acheh.

Apa itu Tsunami?

Istilah ‘tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami).

Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pangkalan kapal.

Tsunami gambaran kiamat?  Atau mungkin kiamat kecil. 

Kiamat tentang hari kemusnahan alam :

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”

(Al-Zalzalah: 1-2)

“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”

(Al-Qaari’ah : 4-5)

Tsunami boleh dijangkakan tetapi tidak kiamat.  Tiada siapa yang tahu bila kiamat akan berlaku?

Allah SWT berkata kepada Nabi Muhammad tentang hari kiamat seperti berikut:

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang saat itu (hari kiamat), “Bilakah masa datangnya (hari kiamat itu)?” Katakanlah, “Sesungguhnya maklumat tentang hal itu ada pada Tuhanku. Tiada siapapun yang dapat menerangkan waktu datangnya (hari kiamat itu) melainkan Dia. Amatlah berat (kejadian hari kiamat itu) di langit dan di bumi. (Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) seolah-olah engkau memang tahu tentangnya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya maklumat tentangnya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Al-A’raaf: 187)

Lepas ni tsunami di mana pulak?  Hanya Allah yang maha mengetahui.  Mohon dilindungi tanahairku dari dilanda bencana tsunami. Amin.

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...