Thursday, February 17, 2011

Sindrom Bayi Tergoncang

baby lucu

Sempena program JOM IMARAHKAN SURAU KITA oleh Surau Al-Furqan, Putrajaya satu ceramah kesihatan bertajuk Sindrom  Bayi Tergoncang atau Shaken Baby Snydrome (SBS) telah diadakan.

Korang tau tak apa yang dimaksudkan SBS

Baby kalau tak berhenti menangis, parents/pengasuh akan gerak2kan baby utk tenangkan dia ataupun timang tinggi2 sambil nyanyi timang tinggi2 sampai cucur atap belum tumbuh gigi pandai baca kitab ataupun masukkan baby dlm buaian dan buai laju2.  Tapi awas perbuatan ni sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada baby yg dikenali sebagai Sindrom Bayi Tergoncang. 

gem_04_img0573

SBS merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat.  Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi.

 

Menggoncang bayi boleh membunuh                                                                                     

med-08-shaken-babyOtot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar, di mana berat kepala bayi adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi.  Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan  tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak.  Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke dalam tilam)

 SBS4444

APAKAH PERINGKAT UMUR BAYI YANG PALING BERISIKO?

Bayi berumur 0 – 9 bulan amat terdedah kepada SBS, namun terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1 – 4 tahun.

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan berikut:

  • apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga bayi berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat
  • penjaga anak/bayi hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas di bawah pengarauh dadah/alkohol/masalah kewangan

 

KESAN AWAL AKIBAT PENDARAHAN/KECEDERAAN OTAK

  • bayi mudah meradang (irritable)
  • sawan
  • kaki dan tangan mengalami kekejangan
  • bayi tidak bermaya dan kurang bertindak balas
  • tahap kesedaran bayi menurun
  • muntah dan tidak mahu makan
  • pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung

 

KESAN JANGKA PANJANG AKIBAT KEROSAKAN OTAK

  • masalah pembelajaran
  • lumpuh
  • masalah penglihatan/buta
  • masalah pendengaran
  • terencat akal (cerebral palsy)
  • masalah tingkahlaku
  • sawan berterusan
  • kematian

 

Perbuatan yang membahayakan otak bayi

  • Melambung anak kecil berulang kali (menimang)
  • Berlari anak sambil membawa bayi, sama ada mendukungnya di belakang atau di bahu.
  • Membawa mereka menunggang kuda.
  • Memusingkan badan anak kecil.

 

BERIKUT ADALAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGHENTIKAN TANGISAN BAYI

  • pastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah)
  • pastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi/kembung perut)
  • menghayun bayi secara perlahan/berjalan perlahan2 sambil mendukung bayi
  • berselawat/menyanyi/bercakap perlahan-lahan dengan bayi
  • menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi
  • membawa bayi berjalan2 di dalam kereta tolak
  • meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
  • mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan-lahan (bayi yg berada di dalam dakapan pengasuh/ibubapa yg tidak tenang sukar untuk berhenti menangis)
  • elak membuai bayi dalam keadaan marah
  • sekiranya anda letih, minta bantuan seseorang menjaga bayi
  • jika tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa tertekan, tinggalkan bayi di atas katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit
  • dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis

Sumber : ms.wikipedia.org & brousur Sindrom Bayi Tergoncang yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia                                    

416860msbhhg1zjm ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...