Sunday, February 13, 2011

Puding Coklat Bersos

Hari ni hari  Ahad, hari cuti umum sedunia, cuti dari bekerja di pejabat, tapi kerja di rumah tak ada cuti2, hari cuti lagi byk kerja yg perlu disiapkan. 

Hari ini surau depan rumah ana menganjurkan program JOM IMARAHKAN SURAU KITA.  Pelbagai aktiviti menarik disusun, iaitu

  • Majlis Khatam al-Quran
  • Ceramah Kesihatan
  • Pertandingan 1. Lipatan Telekung 2. Menghias Puding 3. Mewarna

Ana turut serta memeriahkan program ni dengan menyertai pertandingan menghias puding.  Syarat pertandingan, peserta perlu membawa puding yang siap dimasak dan peralatan untuk hiasan. Resepi puding yang dipertandingkan adalah Rich Chocolate Puding yang mudah disediakan dan ana pernah buat sebelum ni.  Puding ini sebenarnya tidak bersos tapi komen grandma, puding ni ada rasa pahit koko, so ana buat sos untuk  hilangkan rasa pahitnya.  Pada tekak ana puding ni tak mkn dgn sos pun ok sbb ana mmg gemar rasa coklat.

Jom tgk gbr duluuuuu

Sebelum dihias

P1060972

Selepas dihias

pudingcoklat

Ni pulak resepinya,

RICH CHOCOLATE PUDDING

Sumber ; Resepi ni mmg popular di dapur masakan maya dan ana mula2 jumpa resepi ni di  sini.  Thanks Jun.

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air ~ ana guna 4 1/2 cwn  air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (Tanpa perisa) ~ ana guna 8 gm agar2 serbuk, brand bintang

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

p/s ~ basahkan acuan sebelum tuangkan adunan untuk memudahkan puding dikeluarkan setelah sejuk

Ni pulak resepi sosnya.

Sumber : dari Home Sweet Home : Ummi Zaihadi

Untuk Kuah:-

  • 1 1/2 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 helai daun pandan/perisa pandan ~ ana tak letak

Cara-Cara:-
Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.

Jon tengok puding2 lain yg dipertandingkan

otherpudding

psssst puding cokat bersos nih menang tempat pertama …….. hadiahnya kukus ……ALHAMDULILLAH

 

416860msbhhg1zjm (1)[5]ana ayesha

4 comments:

  1. tahniah kak....kalau la boleh rasa....hehehehehe

    ReplyDelete
  2. wah...tahniah menang... sedapnya..lagi2 kalau makan time sejuk...:)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BILA MOOD KE LAUT

    ReplyDelete
  3. @Laizan tq dear. nanti2ler tunggu ai rajin blhlah u rasa

    ReplyDelete
  4. @nabilah_2908 betul tu nabilah mkn sejuk2 mmg sedap apalagi skrg ni cuaca dah kembali panas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...