Tuesday, February 1, 2011

Minta 3 hari dapat 9 hari

Cuti lerrrrrrrrrr

Hari ni 1 Feb 2011, cuti umum sempena Hari Wilayah di 3 negeri WP ~ KL,  Labuan & Putrajaya.

hariwilayah

Abg Hafiz n the other half coti ler sbb both of them scholl/work in WP tapi  Ana yg kerje di S’ng cuti gak,  Seminggu 9 ari cuti.  Mohon cuti 3 hari aje, tapi dapat cuti 9 hari. Camner tu?

 kal

Sek. Abg. Hafiz bercuti seminggu sempena GONG XI FA CHAI, so kalau nak join the club, ana kenalah mintak cuti.  Jadinya mintaklah cuti 3 hari, dari 31/1 – 2/2 + cuti 2 ari GONG XI FA CHAI, dah jadi 5 ari + Sabtu & Ahad (5/2 & 6/2) dah jadi 7 ari, + lagi Sabtu & Ahad (29/1 & 30/1) jadilah 9 hari.  So minggu nih minggu bercuti yeye.  Bestkan Malaysia, byk perayaan so byk cuti!

Gong-Xi-Fa-Cai-CupcakesCantikle cc nih, simple design.   Kredit : http://www.cookieheaven.com.my/festive1.htm 

Sempena GONG XI FA CHAI, byklah dpt limau mandarin tapi Abg Hafiz tak suke.  Terkenang jugak musim perayaan ni, dulu2 mesti meriah dgn bunyi mercun, sakit telinga.  Ada sekali tu, mercun yg dibakar smp masuk kedlm rumah nyaris tak kena langsir kalau tak ……….. Tapi tu dulu la ni ada jugak dgr bunyi mercun ni sekali sekala. Aman taklah bingit telinga.

limaumandarin

Setiap kali GONG XI FA CHAI, mesti ada kuih bakul.  Terkenang waktu sek dulu, ada jugak kwn2 yg bagi kuih ni tapi mcm biasalah tak smp hati nak mkn.  Tapi grandma pernah buat kuih bakul nih ikut resepi drpd majalah Saji, sedap tau.  Kuih bakul ni guna tepung pulut yg dibancuh dgn air gula.  Ha jgn tak tau org Melayu mmg suker mkn kuih nih sebab rasanya seperti dodol.  Tapi yg istimewanya kuih bulan nih boleh digoreng mcm goreng pisang, sedap tau.  Kalau ada masa boleh cuba buat tapi kena cari resepi tu, kalau berjaya nanti blh buat n3 utk rujukan.

kuihbakul

Cuti 9 hari mcm2 dah plan, balik kpg, nak test resepi, nak jahit langsir, nak jahit baju kalau listkan mmg panjang.  Harap2 semua akn tercapai!

Hari  ni pasti ramai yg balik kpg sbb cuti panjang.  Kalau nak elakkan kesesakan jalanraya, perjalanan perlu dirancang.  Rujuk laman web PLUS utk panduan.  Bagi ana kalau nak balik kpg, elok mulakan perjalanan awal pagi utk elakkan kesesakan jalanraya.

p/s ~ semua gbr hasil pencarian google kecuali dinyatakan sebaliknya

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...