Wednesday, February 2, 2011

Homemade : Cara Mudah Buat Cili Boh

Cili boh/cili kisar ni wajib ada dlm icebox dan digunakan sebagai bahan penumis/perasa untuk masakan harian seperti mee/mihun/kuetiaw goreng, ikan bakar dan  ikan masak bercili.  Home made cili boh ni tahan lama wp tanpa pengawet.

  P1060914 P1060915

Resepi Cili Boh

Sumber : Grandma

Bahan-bahannya :

100 gm cili kering

3 labu  bawang besar

2 labu bawang putih

200  gm halia

sedikit garam dan cuka sebagai pengawet

 

Cara membuatnya :

1. Cili kering di buang bijinya supaya tak pedas sangat dan direbus hingga lembut.  Air rebusan cili dibuang.

2. Toskan dalam penapis.

3. Kisar halus cili kering dengan bawang, halia, garam dan cuka serta sedikit air.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk

 

Ni adalah di antara masakan yg menggunakan cili boh

P1060938 Peria Cili Campur Udang Geragau

P1060939

Ikan Bawal Bakar Bercili

~ JEMPUT MAKAN ~

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

5 comments:

  1. lama tak buat mcm ni...biasanya beli je yg dh siap..

    erm...bila dah letak bawang ni..bila nak masak..tkperlu tumis bawang lagi yer...?

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    MENTARI MUNCUL LAGI

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak masakan kak ana ni. kecur air liur saya, dah la tengah lapar ni...

    thanks kak ana sebab bagi cara nak buat cili boh ni, lepas ni senang ckit nak masak sebab kat sini x de cili boh yg dah siap

    ReplyDelete
  3. @RaJa NuRuL FaTiN u r welcome. buat cili boh cara ni jimat masa bila nak masak lagipun boleh simpan dlm icebox

    ReplyDelete
  4. mcmana buat ikan bakar bercili tu....nk resepi..heehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...