Friday, February 4, 2011

Goreng Pisang atau Pisang Goreng?

Korang suka makan pisang goreng ? Eh ada yang tak suka ? Mungkin sebab pisang goreng ni berminyak.

Rakyat Malaysia tak kira bangsa, suka makan pisang goreng, lagipun makanan ni mudah dibeli  di gerai2 ditepi jalan. Pendek kata pisang goreng nih kudapan 1 Malaysia.

Abg Hafiz gemar benar makan pisang goreng.  Kalau boleh tiap2 petang nak makan pisang goreng.  Pisang goreng mudah disediakan tambahan pula tepung khas untuk menggoreng pisang mudah didapati di pasaran, cuma perlu tambahkan air ke dalam tepung. Tapi ana lebih suka pisang yang digoreng dengan tepung yang dibancuh sendiri.  Pisang yang biasa digoreng adalah pisang abu, pisang awak dan pisang raja. 

P1060940 Ni  pisang goreng, hidangan sarapan pagi tadi

Cara menyediakan bater untuk menggoreng pisang

Bahan-bahannya:

Tepung beras

Tepung gandum

Tepung kastard ~ untuk menerbitkan warna kuning, so tak perlulah guna kunyit

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Cara membuatnya:

Gaul semua bahan kering dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kelikatan bater yang diingini.

p/s

~Kuantiti tepung adalah mengikut nisbah 1 : 1 : 1, iaitu jika 1 senduk tepung beras, 1 senduk jugalah tepung gandum dan tepung kastard.

~Jika pisang yang hendak digoreng, masak sangat (lembut), bancuhlah bater pekat dan jika pisang tak berapa masak (keras), bancuhlah bater cair sedikit

Apa yang uniknya, goreng pisang boleh juga dimakan dengan gula  (versi manis) tapi ada juga yang makan cicah dengan kuah kicap (versi pedas)

pisang-goreng2

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

2 comments:

  1. jarang goreng pisang sendiri...beli jer...

    makan dgn kicap pedas..mmg sedap.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BIRTHDAY DD

    ReplyDelete
  2. suka pisang goreng...tp tak suka pisang tanduk atau pisang nangka goreng...masam...hhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...