Friday, February 11, 2011

AKTIVITI MENJELANG USIA SENJA

Berapa agaknya umur korang? Pasti ada yang masih muda belia dan ada juga yang telah pun menjadi warga emas (60 tahun ke atas). 

Apa agaknya pengisian korang supaya kita hidup sebagai seorang soleh/solehah sebelum meninggal dunia?

Jom kita amalkan zikir tertentu sebagai salah satu daripada pengisian hidup sebagai soleh/solehah, tak perlulah tunggu sehingga menjadi warga emas.

zikir edit

Apakah Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia ?

fungsi_otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Berzikirlah dengan penuh khusyuk iaitu sebut dengan lidah ingat dalam fikiran dan rasakan dengan hati. Apabila lidah,fikiran dan hati bersatu dalam zikir, pasti akan terasa betapa lazatnya mengingati Allah s.w.t. Kita akan dapat merasakan gelombang setiap lafaz zikir yang diucap mengalir masuk ke dalam hati dan menghasilkan satu rasa yang tidak tergambarkan.

Sumber : USTAZ SUHAIMI PENAWAR.COM & benderabulan.blogspot.com

Inspirasi : Majalah Solusi, Isu No. 28

p/s ~ AWAS ada juga zikir yang dikaitkan dgn ajaran sesat

416860msbhhg1zjm ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...