Monday, February 28, 2011

Biqque's February Lucky Follower

biqquefollower

Biqque kembali dgn Feb. Lucky Follower.  Kalau berminat nak turut serta, klik sini

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Thursday, February 24, 2011

Kampus 2

Jumaat minggu lepas, 18 Feb 2011, ana n colleague seramai 13 orang telah melawat Kampus 2 iaitu pejabat baru yang bakal kami huni pada Jun 2011

185888_188151271217676_100000684147272_502689_7664367_n Nilah dia di antara ahli rombongan Cik Kiah yg terlibat dlm lawatan tu (tapi sebenarnya tak ada sorang pun bernama Kiah, Pah adalah)

Kampus 2 ni lengkap, semuanya ada pusat pentadbiran, pusat akademik, pusat penyelidikan, kuarters staf, asrama pelajar, dewan, kompleks sukan dan sebagainya.  Pendek kata serba serbinya cukup  utk melengkapkan Kampus 2 ni sbg one stop center penyelidikan dan akademik.

Jom kita mulakan lawatan ke Kampus 2

185832_188149804551156_100000684147272_502645_3288033_n Ini adalah main enterance dr gate 1 Putrajaya

183444_188149697884500_100000684147272_502642_4588585_nJika masuk melalui main enterance, gate 1 Putrajaya akan jumpa bgn ni dulu.  Bgn yg gah ni adalah bgn utama di Kampus 2.  Dari depan, bgn ni berbentuk melengkung.  Bhg bgn yg tinggi tu bakal menempatkan unit pentadbiran, penyelidikan dan akademik.  Di bhg bwh bgn terdpt receptionist counter, dewan besar, bilik kuliah, bilik persidangan, kafe dan lain2 lagi.

diffangle

Nilah rupa bgn utama jika dilihat dari sudut yg berbeza.  Apalah agaknya nama bgn ni nanti? Menara ……….

dewan

Bhg dalam dewan utama, warna tema dinding merah & kelabu

hostel

Asrama pelajar. Terdapat 2 jenis asrama yg bakal menempatkan pelajar sijil dan profesional

184888_188153937884076_100000684147272_502762_7166113_n

Dari asrama pelajar nampak view ini.  Bgn di atas bukit tu terletak di Precint Diplomatik, Putrajaya, Satu2nya bgn kedutaan yg telah siap dibina. 

viewlib

View dari dalam library yg masih kosong

182912_188152327884237_100000684147272_502719_3195053_n

Kompleks sukan yg akan dilengkapi dgn padang bola dan trek

182792_188152527884217_100000684147272_502723_8163102_n

Kompleks sukan boleh dilihat dari bgn utama. Opss kekasih gelap sape nih? hehehe jgn marah tuan

viewtop

Ni pulak view dari tkt 2 main bldg, yg ada tasik tu tentulah Putrajaya, yg nampak bgn sek tu area Bangi

Sebelum menamatkan sesi lawatan, kami sempat bergambar mengabadikan kenangan di hadapan logo jabatan yg tak berapa siap

183268_188154641217339_100000684147272_502775_6343246_n

I’m one of them, cuba teka yg mana satu?

p/s ~ Perpindahan ke Kampus 2 dijangkakan pada Jun 2011, nak ikut laluan mana yer dr rumah ke Kampus 2, ikut highway @ ikut jln dlm yg byk traffic light?

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Tuesday, February 22, 2011

Ikan Bakar Bercili

Resepi ni diminta oleh  MamaGee

mamagee 

Senang jer nak buat ikan bakar bercili ni, ana rasa MamaGee pun tau tapi saja jer nak tny.  Ikan bakar ni mmg menjadi favourite Abg. Hafiz sekali mkn sekor ikan dan kalau boleh hari2 nak lauk ni.

Jom tgk mcm mana nak masak ikan bakar bercili.

Resepi Ikan Bakar Bercili

Sumber : Grandma

Bahan2nya:

2 ekor ikan (biasanya guna ikan mambung/kembong/bawal, yg plg best tentulah ikan bawal)

2 sd besar cili boh ~ kalau nak byk sambal bubuh lebih cili (resepi cili boh klik sini)

air asam jawa

garam dan gula secukup rasa

daun pisang

 

Cara membuatnya:

1.  Tumis cili hingga garing, masukkan air asam jawa.  Masukkan garam dan gula secukup rasa

P1060953

2.  Setelah cili garing, masukkan ikan dan gaulkan sebati

P1060956 

3.  Sediakan daun pisang

P1060954

4.  Letakkan ikan di atas daun pisang dan balutkan

P1060961

5.  Bakar sehingga masak

P1060963 

Dah siap bolehlah dihidangkan. Makan dengan nasi panas2 ni mmg sedap. 

P1060939_thumb[6]

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Mufin Coklat Kukus

Mufin ni buat pada hari Ahad yg lepas untuk goddie bag sempena majlis Maulidur Rasul yg diadakan di rumah no. 13, Putrajaya. 

P1070158Resepi Muffin Kukus Coklat

Sumber : Kak Am

Bhn A
2 cwn susu cair
1 cwn myk @ 250g butter cair ~ ana guna butter
1 3/4 cwn gula castor - (ltk 1½ cwn jer) ~ ana guna 11/2 cwn jugak
1 biji telur


Bhn B - ayak
250g tepung superfine @ gandum
50g serbuk koko
1st bpowder
1st sbikarbonat
1sb emulco


Cara
Satukan A dan kacau sebati, guna whisker saje
Masukkan B dan gaul rata
Kukus 10'


Tips :
Utk dptkan muffin pecah 4 ni, air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dgn elok.

p/s ~ muffin ni lembut, gebu, tak manis sangat serta mudah disediakan. next time kalau nak buat nak cuba letak kekacang/choc chips

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Friday, February 18, 2011

ALHAMDULILLAH

jumaat1hq4

Hari ini 15 Rabiulawal 1432H bersamaan 18 Feb 2011, hari Jumaat penghulu segala hari.  Alhamdulillah hingga n3 ni dikarang masih lagi bernafas, mampu lagi mengurus diri dan keluarga, mampu memandu sendiri ke tempat kerja ………. Alhamdulillah semua dengan izinNYA.

Perkongsian hari ini, tak perlu tulis panjang2 jom tengok gbr2 ni

Foto burung ikhtiar menyelamat dan meratapi kematian pasangannya

Here the swallow’s the other half (wife)is injured and the condition is fatal. She was hit by a car as she swooped low across the road

swallow-01

 He brought her food and attended to her with love and compassion.

swallow-02

He tried to move her……a rarely-seen effort for swallows!

swallow-03

He brought her food again but was shocked to find her dead. Aware that his sweetheart is dead and will never be with him  again, sadness filled his eyes and sorrow felt in his spirit

swallow-04

He stood beside her as his heart weeps for his only love .

swallow-05

Finally aware that she would never return to him, he stood beside her body with untold pain and despair.

swallow-06

Many people cried after watching this picture. It is said that the photographer sold these pictures for a nominal fee to the most famous newspaper in France .All copies of that newspaper were sold out on the day these pictures were published.

Sumber : http://inijalanku.wordpress.com/parti2/foto-burung-meratapi-kematian-pasangannya/

p/s ~ pada yang follow blog ana sempena segmen SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH, terima kasih byk2 yer, nanti ana akn ke blog korang n follow, tungguuuuuuuuu

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Thursday, February 17, 2011

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

benashaari.com muncul lagi dengan segmen khas, kali ini untuk blogger baru : 100 follower ke bawah.  Sesuailah utk blog ana follower 80 jer.

headersantai5

Syarat2 mmg amat mudah

    1.    Buat satu entri khas.  Tajuk : SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

    2.    Letak header BEN ASHAARI blog

    3.    Linkkan ke entri  ini.  

Tarikh tutup, malam ni.

Insya Allah Versi Melayu oleh Maher Zain

Dengarkan dan hayati sebutan lirik Insya Allah dalam versi Bahasa Melayu oleh Maher Zain, ada sedikit pelat tapi hasilnya masih yg terbaek

 

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Sindrom Bayi Tergoncang

baby lucu

Sempena program JOM IMARAHKAN SURAU KITA oleh Surau Al-Furqan, Putrajaya satu ceramah kesihatan bertajuk Sindrom  Bayi Tergoncang atau Shaken Baby Snydrome (SBS) telah diadakan.

Korang tau tak apa yang dimaksudkan SBS

Baby kalau tak berhenti menangis, parents/pengasuh akan gerak2kan baby utk tenangkan dia ataupun timang tinggi2 sambil nyanyi timang tinggi2 sampai cucur atap belum tumbuh gigi pandai baca kitab ataupun masukkan baby dlm buaian dan buai laju2.  Tapi awas perbuatan ni sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada baby yg dikenali sebagai Sindrom Bayi Tergoncang. 

gem_04_img0573

SBS merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat.  Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi.

 

Menggoncang bayi boleh membunuh                                                                                     

med-08-shaken-babyOtot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar, di mana berat kepala bayi adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi.  Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan  tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak.  Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke dalam tilam)

 SBS4444

APAKAH PERINGKAT UMUR BAYI YANG PALING BERISIKO?

Bayi berumur 0 – 9 bulan amat terdedah kepada SBS, namun terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1 – 4 tahun.

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan berikut:

  • apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga bayi berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat
  • penjaga anak/bayi hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas di bawah pengarauh dadah/alkohol/masalah kewangan

 

KESAN AWAL AKIBAT PENDARAHAN/KECEDERAAN OTAK

  • bayi mudah meradang (irritable)
  • sawan
  • kaki dan tangan mengalami kekejangan
  • bayi tidak bermaya dan kurang bertindak balas
  • tahap kesedaran bayi menurun
  • muntah dan tidak mahu makan
  • pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung

 

KESAN JANGKA PANJANG AKIBAT KEROSAKAN OTAK

  • masalah pembelajaran
  • lumpuh
  • masalah penglihatan/buta
  • masalah pendengaran
  • terencat akal (cerebral palsy)
  • masalah tingkahlaku
  • sawan berterusan
  • kematian

 

Perbuatan yang membahayakan otak bayi

  • Melambung anak kecil berulang kali (menimang)
  • Berlari anak sambil membawa bayi, sama ada mendukungnya di belakang atau di bahu.
  • Membawa mereka menunggang kuda.
  • Memusingkan badan anak kecil.

 

BERIKUT ADALAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGHENTIKAN TANGISAN BAYI

  • pastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah)
  • pastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi/kembung perut)
  • menghayun bayi secara perlahan/berjalan perlahan2 sambil mendukung bayi
  • berselawat/menyanyi/bercakap perlahan-lahan dengan bayi
  • menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi
  • membawa bayi berjalan2 di dalam kereta tolak
  • meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
  • mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan-lahan (bayi yg berada di dalam dakapan pengasuh/ibubapa yg tidak tenang sukar untuk berhenti menangis)
  • elak membuai bayi dalam keadaan marah
  • sekiranya anda letih, minta bantuan seseorang menjaga bayi
  • jika tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa tertekan, tinggalkan bayi di atas katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit
  • dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis

Sumber : ms.wikipedia.org & brousur Sindrom Bayi Tergoncang yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia                                    

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Sunday, February 13, 2011

Puding Coklat Bersos

Hari ni hari  Ahad, hari cuti umum sedunia, cuti dari bekerja di pejabat, tapi kerja di rumah tak ada cuti2, hari cuti lagi byk kerja yg perlu disiapkan. 

Hari ini surau depan rumah ana menganjurkan program JOM IMARAHKAN SURAU KITA.  Pelbagai aktiviti menarik disusun, iaitu

  • Majlis Khatam al-Quran
  • Ceramah Kesihatan
  • Pertandingan 1. Lipatan Telekung 2. Menghias Puding 3. Mewarna

Ana turut serta memeriahkan program ni dengan menyertai pertandingan menghias puding.  Syarat pertandingan, peserta perlu membawa puding yang siap dimasak dan peralatan untuk hiasan. Resepi puding yang dipertandingkan adalah Rich Chocolate Puding yang mudah disediakan dan ana pernah buat sebelum ni.  Puding ini sebenarnya tidak bersos tapi komen grandma, puding ni ada rasa pahit koko, so ana buat sos untuk  hilangkan rasa pahitnya.  Pada tekak ana puding ni tak mkn dgn sos pun ok sbb ana mmg gemar rasa coklat.

Jom tgk gbr duluuuuu

Sebelum dihias

P1060972

Selepas dihias

pudingcoklat

Ni pulak resepinya,

RICH CHOCOLATE PUDDING

Sumber ; Resepi ni mmg popular di dapur masakan maya dan ana mula2 jumpa resepi ni di  sini.  Thanks Jun.

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air ~ ana guna 4 1/2 cwn  air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (Tanpa perisa) ~ ana guna 8 gm agar2 serbuk, brand bintang

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

p/s ~ basahkan acuan sebelum tuangkan adunan untuk memudahkan puding dikeluarkan setelah sejuk

Ni pulak resepi sosnya.

Sumber : dari Home Sweet Home : Ummi Zaihadi

Untuk Kuah:-

  • 1 1/2 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 helai daun pandan/perisa pandan ~ ana tak letak

Cara-Cara:-
Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.

Jon tengok puding2 lain yg dipertandingkan

otherpudding

psssst puding cokat bersos nih menang tempat pertama …….. hadiahnya kukus ……ALHAMDULILLAH

 

416860msbhhg1zjm (1)[5]ana ayesha

Friday, February 11, 2011

AKTIVITI MENJELANG USIA SENJA

Berapa agaknya umur korang? Pasti ada yang masih muda belia dan ada juga yang telah pun menjadi warga emas (60 tahun ke atas). 

Apa agaknya pengisian korang supaya kita hidup sebagai seorang soleh/solehah sebelum meninggal dunia?

Jom kita amalkan zikir tertentu sebagai salah satu daripada pengisian hidup sebagai soleh/solehah, tak perlulah tunggu sehingga menjadi warga emas.

zikir edit

Apakah Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia ?

fungsi_otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Berzikirlah dengan penuh khusyuk iaitu sebut dengan lidah ingat dalam fikiran dan rasakan dengan hati. Apabila lidah,fikiran dan hati bersatu dalam zikir, pasti akan terasa betapa lazatnya mengingati Allah s.w.t. Kita akan dapat merasakan gelombang setiap lafaz zikir yang diucap mengalir masuk ke dalam hati dan menghasilkan satu rasa yang tidak tergambarkan.

Sumber : USTAZ SUHAIMI PENAWAR.COM & benderabulan.blogspot.com

Inspirasi : Majalah Solusi, Isu No. 28

p/s ~ AWAS ada juga zikir yang dikaitkan dgn ajaran sesat

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Tuesday, February 8, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

En. Ben  telah kembali menganjurkan segmen gegar 1,000 blog.

headersantai5

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Anda berminat nak menyertainya,caranya sangat mudah …….

1.   BUAT SATU ENTRI

2.   LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG

3.   TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !

4.   Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

5.   Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..

TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

Friday, February 4, 2011

Goreng Pisang atau Pisang Goreng?

Korang suka makan pisang goreng ? Eh ada yang tak suka ? Mungkin sebab pisang goreng ni berminyak.

Rakyat Malaysia tak kira bangsa, suka makan pisang goreng, lagipun makanan ni mudah dibeli  di gerai2 ditepi jalan. Pendek kata pisang goreng nih kudapan 1 Malaysia.

Abg Hafiz gemar benar makan pisang goreng.  Kalau boleh tiap2 petang nak makan pisang goreng.  Pisang goreng mudah disediakan tambahan pula tepung khas untuk menggoreng pisang mudah didapati di pasaran, cuma perlu tambahkan air ke dalam tepung. Tapi ana lebih suka pisang yang digoreng dengan tepung yang dibancuh sendiri.  Pisang yang biasa digoreng adalah pisang abu, pisang awak dan pisang raja. 

P1060940 Ni  pisang goreng, hidangan sarapan pagi tadi

Cara menyediakan bater untuk menggoreng pisang

Bahan-bahannya:

Tepung beras

Tepung gandum

Tepung kastard ~ untuk menerbitkan warna kuning, so tak perlulah guna kunyit

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Cara membuatnya:

Gaul semua bahan kering dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kelikatan bater yang diingini.

p/s

~Kuantiti tepung adalah mengikut nisbah 1 : 1 : 1, iaitu jika 1 senduk tepung beras, 1 senduk jugalah tepung gandum dan tepung kastard.

~Jika pisang yang hendak digoreng, masak sangat (lembut), bancuhlah bater pekat dan jika pisang tak berapa masak (keras), bancuhlah bater cair sedikit

Apa yang uniknya, goreng pisang boleh juga dimakan dengan gula  (versi manis) tapi ada juga yang makan cicah dengan kuah kicap (versi pedas)

pisang-goreng2

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...