Sunday, May 15, 2011

Waffle

Assalamu’alaikum wbt

Akhirnya blogger pulih kembali setelah seharian service unavailable.

Kali ni nak cerita mengenai waffle.  Waffle antara makanan ringan yang popular masa kini.  Sana sini ada aje yg jual waffle dan setiap kali kalau ke hospital PJ pasti beli waffle ni sbb mmg menjadi kegemaran Abg Hafiz.  Sekali-sekala bolehlah beli tapi kalau dah selalu …….. harganya boleh tahan mahalnya RM2.50 sekeping.  Waffle ni sedap dimakan panas dan di waktu perut berkeroncong.

Setiap kali kalau buat waffle, ana mesti guna resepi Classic Waffle.  Resepi ni asalnya dari allrecipe.com, tapi telah diubahsuai oleh seorang blogger yg ana tak ingat namanya, anyway thanks to her.  Cara buat waffle guna resepi ni mudah sangat.  Jom tengok cara-caranya.

Resepi Classic Waffle

Bahan-bahannya :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sudu teh garam
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 sudu teh gula pasir 
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwan susu suam
  • 1/3 cawan mentega cair
  • 1 sudu  teh esen vanilla
Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung dan baking powder. 
  2. Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung yang telah diayak, garam dan gula
  3. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur, masukkan susu, mentega cair dan esen vanilla
  4. Curahkan campuran telur ke dalam mangkuk tepung dan kacau supaya sekata. 
  5. Panaskan acuan waffle.

P1070733 Inilah waffle iron ana bentuk bulat, panaskan dulu

    6.  Bila acuan waffle dah panas (dah berasap2), curahkan sesenduk adunan

P1070734 Adunan satu senduk besar

        6.  Tutup acuan dan biarkan seketika (jgn lama sgt nanti hangus)

P1070730 Nilah dia waffle iron ana, brand Takada beli di Tesco

   7.  Bila dah masak, keluarkan dari acuan

P1070735 Nilah rupa waffle yg dah masak

   8.   Waffle yg dah masak tu, mesti makan dengan segera baru rasa sedap macam beli di kedai.

P1070737 Abg Hafiz suka sgt makan waffle ni dgn jem

P1070736

Ana pulak suka makan waffle dgn blueberry pie filling ada rasa masam manis, best tau

 

~ SELAMAT MENCUBA ~

~p/s~ pagi ni rasa nak masak potato wedges makan dgn black pepper sauce yg dibeli dari tunang si hasrol yg pegang peranan sally dalam cer upin ipin tu

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

6 comments:

  1. nyum2..nmpk sedap tu..huishh..haha

    ReplyDelete
  2. salam.. kawe copy dan paste tanpa izin.

    ReplyDelete
  3. opss.. lupa plak nak tanya. nak tukar link tak???

    ReplyDelete
  4. sdp r..nti nk try r...mhl x alat pembakar 2...?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous hi anon, murah jer beli di tesco kajang tak smp RM60

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...