Wednesday, January 5, 2011

Tutorial : Scroll Pada Blog List

Tutorial ini bagi menjawab soalan oleh ieda, bagaimana nak buat scroll pada blog list.  Salam perkenalan ieda.  Cantik orangnya dan telah berjaya kurangkan berat badannya sebanyak 14 kg pada tahun 2009. Tahniah!

idacomment

Penggunaan scroll pada blog list akan menjadikan senarai blog yang dipaparkan kemas dan semua blog boleh di paparkan serentak (show all). Tak perlu lagi klik pada show5/10/25 untuk pendekkan senarai blog atau klik pada show all untuk paparkan semua blog.

scrollbloglist

 

Caranya macam ni

(i)  Log in blog, pergi ke menu Design (Page Elements), klik pada Edit blog list yang ingin dibuat scroll.

bloglist4

(ii)  Setelah klik, akan keluar paparan berikut.  Dapatkan widgetId blog list, yang ditandakan warna biru dihujung iaitu BlogList1

bloglist3

(iii)  Pergi ke menu Edit HTML, tick kotak Expand Widget Templates. Tekan Ctrl F dan taipkan kod ]]></b:skin>.  Copy kod html di bawah dan pastekan di atas kod ]]></b:skin>

#BlogList1 .widget-content{height:400px; /* Tinggi yang diinginkan */width:auto;overflow:auto;}

Kod html ini boleh digunakan untuk blog list yang lain dan gantikan sahaja BlogList1 dengan widgetId blog list yang ingin dibuat scroll.  Untuk ketinggian blog list boleh digantikan height mengikut kesesuaian blog list yang diingini.  Ketinggian blog list yang dipaparkan di blog ana menggunakan ketinggian 400px

(iv)  Preview dan jika tidak keluar error klik save.

Sumber : syamilamohd.com

ana ayesha

7 comments:

  1. kalau buat kat blog archive tak boleh eh..?

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan....
    nice tutorial.... :D

    ReplyDelete
  3. walaupun g takde bloglist..tp bgs ana buat entry ni.... :)

    ReplyDelete
  4. tips yang sangat membantu.

    Terima kasih!

    ReplyDelete
  5. tema kasih..menjadi!!!happy!!1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...