Thursday, January 20, 2011

Satay Abu Yamin

Korang suka makan satay? Mesti sukakan!

Satay adalah makanan yang begitu sinonim dgn rakyat Malaysia tidak kira bangsa.  Satay juga telah menjadi satu hidangaan yang mesti bagi majlis rumah terbuka sempena perayaan di Malaysia.  Tak kira perayaan apa, Hari Raya, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Krismas, semuanya pasti ada satay.

Satay pulak ada macam2 jenis satay, satay ayam, daging, perut, satay daging arnab pun ada tapi mahallah harganya.  Satay nih yang istimewanya adalah kuah kacangnya, kalau sedap kuahnya sedaplah sataynya.  Tapi betulke kalau daging satay tu tak dibasuh lagi sedaplah satay tu?

Satay Kajang atau lebih tepat Satay Haji Samuri begitu popular di Malaysia dan boleh didapati dengan mudah, khasnya di Lembah Kelang.  Tapi Ana tetap menyukai Satay Abu Yamin dan setiap kali kalau balik kampung, Ana pasti beli Satay Abu Yamin.  Satay nih dah ada dari zaman Ana sekolah lagi.  Dari harganya 30 sen secucuk hingga kini 50 sen secucuk, dari menggunakan lidi kelapa hingga kini menggunakan buluh runcing, satay ini tetap menjadi kegemaran kami sekeluarga.  Kuah sataynya memang menepati citarasa kami, dagingnya pun tak  terlalu tebal. 

Satay Abu Yamin ni dijual di kaki lima sebuah restoran mamak, Restoran Yusofia yang terletak di Jalan Raja, Teluk Intan.

24-12-10_1827Ha inilah dia bro yg jual satay tu …..

Jemput makan Satay Abu Yamin ………P1060794

Tapi AWAS, jika anda makan satay............. jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah.Timun pula adalah anti-karsinogen

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

3 comments:

  1. kt sini..payah nk jumpa satay kajang tu...tp kt area rumah sy pun ada juga org jual satay yg sedap..

    sama gak..dulu 30 sen..skrg dh naik 50 sen..

    tapi dulu bsns dia kencang gak...skrg dah kurang..sbb tmpt yg dia selalu jual tu dah ada traffinc light..org susah nak park kereta..nk melintas..jln kt situ busy..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    DD BACK TO SCHOOL

    ReplyDelete
  2. peberet cek chun nih. kalo ke kl, mesti makan sate kajang. dekat rumah pun ada sate sedap. kami panggey sate milah.. gomok2 sate ayamnya. 40sen je

    ReplyDelete
  3. me tak suka dah sate kajang..sbb dh jumpa sate lain yg lebih enak dr sate kajang....sate tu kat muar....kalo teringin makan sate balik muar je....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...