Friday, January 14, 2011

OKU Dobi Sdn. Bhd.

Majalah 3, 1 Jan 2011 telah menayangkan segmen mengenai perjalanan kedai dobi OKU Dobi Sdn. Bhd. yang dimiliki dan dikendalikan oleh 9 OKU (orang kurang upaya).  Program perniagaan ini adalah yang pertama dikendalikan sepenuhnya oleh OKU.

Kedai dobi ini beroperasi di Basement 2, South Court, Mid Valley Megamall.  Tapak kedai disediakan secara percuma oleh pihak pengurusan Mid Valley.  

Ni dia 9 OKU yang terlibat.  Tahniah! mereka telah menunjukkan semangat yang gigih dalam menguruskan kedai dobi ini.  Walau bagaimanapun, operasi kedai tetap dipantau oleh JKM dan keluarga OKU terlibat.

DSCN7986

Mohd Syazani ~ bertindak sebagai ketua dan jurucakap dalam segmen di Majalah 3

DSCN7985 DSCN7991 DSCN7990

Arif Nurfatullah | Anuar Firdaus | Abdul Hakim

DSCN7992 New Picture (1)

Mohd Nur Ikram | Mohd Nabin

DSCN7988 DSCN7987 DSCN7989

3 dara ~ Amirah | Roszilawati | Salina

OKU Dobi Sdn. Bhd. telah dirasmikan pada 22 Oktober 2010. 

DSC09332 Suasana di majlis perasmian

Siapakah di belakang kejayaan mereka ?

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rumah Amal Cheshire Selangor (RACS) dan WorldwidePreneur Sdn Bhd bekerjasama menubuhkan OKU Dobi Sdn Bhd.

DSC08452 Mr Ong Hock Siew ~ Pengarah Urusan WorldwidePreneur Sdn Bhd, pembekal mesin di kedai dobi

OKU Dobi Sdn. Bhd. telah membuktikan OKU boleh berdikari sekiranya diberi peluang dan tunjuk ajar.  Semoga mereka terus mencipta kejayaan. 

p/s ~ Yang tinggal/bekerja di sekitar Mid Valley Megamall bolehlah memberi sokongan, hantarlah pakaian dan soft toy untuk dicuci ke OKU Dobi Sdn. Bhd.  Caj perkhidmatan yang dikenakan lebih rendah berbanding caj dobi di pasaran

416860msbhhg1zjm ana ayesha

9 comments:

  1. bagusnya...see...OKU pun mampu berjaya...ni kan pula kita yg normal ni...malas..huhu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HEADER BARU

    ReplyDelete
  2. bagus jugak midvelly bagi sokongan...

    ReplyDelete
  3. thanks for the info....very inspiring for me... saya suka tengok majalah 3 jugak,banyak info yg boleh dpat tp skarang tv3 dah x leh nak tengok kat oversea....huhuhu

    ReplyDelete
  4. baguss....kalo tak kesian derang ni...mcm terpinggir je...huhuhu

    ReplyDelete
  5. @Ogyyg sempurna dan mampu sewajarnyerlah membantu yg kurang upaya

    ReplyDelete
  6. Sy pnah praktikal kt cheshire home dlm 2 taun lpas dgn dorang..smua ok n peramah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...