Wednesday, January 12, 2011

Kuih Kaswi Gula Merah

Kuih kaswi ini adalah di antara kuih tradisional kegemaran Ana tapi no, no i don’t like it kata Abg Hafiz. 

P1060725

RESEPI KUIH KASWI GULA MERAH

Sumber : Majalah Rasa, Ogos 2008

BaAHAN-BAHANNYA

240 g tepung gandum

50 g tepung ubi

1 sudu  teh air kapur ~ ana guna 1/2 sudu teh sahaja

 

BAHAN A – dimasak hingga larut

1.3 liter air

240 g gula putih

200 g gula merah

 

Kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam

 

CARA MEMASAKNYA:

1.   Panaskan kukus.

2.   Gaul rata tepung gandum dan tepung ubi

3.   Masukkan bahan A dan air kapur, gaul rata

4.   Kacau adunan di atas api yang perlahan sehingga pekat sedikit. 

5.   Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak

5.   Kukus adunan hingga masak ~ lebih kurang 20 minit

6.   Sejukkan adunan kemudian potong

7.   Salut dengan kelapa parut, hidangkan

~ SELAMAT MENCUBA ~

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

7 comments:

  1. sedap nyer...suka sgt kuih ni...tq..4 sharing..tq 4 coming to my blog yer...

    ReplyDelete
  2. sy belum ada peluang nak buat kuih ni..

    kukus xtau kat mata en ayah letakkan...jenuh cr tk jumpa..huhu..sedap la kuih ni..huhu.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HAPPY 55TH BIRTHDAY !!

    ReplyDelete
  3. entah kennapa....kuih ni arwah nenek dulu panggil kuih 'kentut' adussss....

    dah lamanyaa tak makan kuih ni.....

    ReplyDelete
  4. @Ina hi, terima kasih sudi singgah n follow

    ReplyDelete
  5. @nabilah_2908 kuih ni mmg sedap cubalah klu dah jumpa kukus tak pun beli jer yg baru

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.....dah lama x makan kuih nie.....akak ni memang rajin laaa......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...