Wednesday, January 5, 2011

Kek Paun Susu Pekat a.k.a. Condensed Milk Pound Cake

Tetiba rasa nak makan kek, go through blog masakan di blog list terjumpa resepi kek ini

Tengok gambar dulu

P1060679 P1060682

P1060681

Resepi cnp dari mamafami.blogspot.com 

KEK PAUN SUSU PEKAT
Sumber : Ayu


Bahan-bahan :

240g mentega
60g gula kastor
1/2 sudu kecil garam  ~ ana tak masukkan sebab guna salted butter
304g susu pekat manis
3 sudu teh esen vanilla ~ ana letak 2 sudu teh sahaja
240g tepung kek  ~ ana guna tepung gandum
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur (size besar) ~ ana guna telur grade A


Kaedah penyediaan :
- Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
- Masukkan garam dan esen vanilla. Pukul lagi.
- Tuangkan susu pekat manis dan kacau sebati.
- Perlahankan kelajuan mixer anda dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan terus memukul hingga sebati.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180 C selama 45 minit. Jangkamasa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar anda. ~ ana bakar pada suhu 170 C

p/s ~ Kek ini mudah dibuat dan unik sebab telur dimasukkan di akhirnya.  Rasanya lemak2 masin mungkin sebab guna susu pekat.  Juga kek ini tidak begitu manis, sesuailah dgn tekak ana, next time bolehlah buat lagi

ana ayesha

3 comments:

  1. ana nak skettt!! huhuhu...cam sodap je..nk buat kek oven takde.......

    ReplyDelete
  2. kalau mkn sejuk2 sedap tak..?

    cara nk buatpun simple je.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    TUESDAY NIGHT

    ReplyDelete
  3. weeeee syedapnyeeee nampakkkkkkk nak try test la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...