Saturday, January 29, 2011

I’m in the good mood : Eggless Chocolate Cake

2 hari tak ade mood nak update blog, gara2 mesyuarat!

Dah lama teringin nak buat kek coklat yang tak perlu guna telur, akhirnya terlaksana juga apa yg diinginkan.  Bakar kek nih sebentar tadi. Pendapat ana : rasa kek ni sedap tak terlalu manis, lembut, lembap dan tak terasa soda bikarbonat (ada di antara kek coklat yg terasa sgt soda tu).  Cara nak buatpun semudah ABC, maknanya senang sangatlah tu, tak perlu guna mixer dan bakar pun sekejap jer.

P1060907

Nilah dia sihitam manis pandang dan rasa  pun tak jemu.

Resepi milik Dayang Jack.  Thanks dear.

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam ~ tak letak
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas ~ ana campurkan 1 sd teh nescafe ke dlm 3/4 cwn air panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung (ana terlupa nak tabur tepung, tapi kek tak lekat). Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s ~ kek ni ana sejukkan sekejap di dlm loyang dan potong, gara2 tak sabar nak merasa.  Next time kena doublekan adunan utk dptkan kek yg lebih tinggi.

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

10 comments:

  1. bestnya kalau pandai buat kek! Kek atas tu cam sedap sangat..

    ReplyDelete
  2. kalau acuan 7'tu cukup tak untuk adunan ni?

    chun jarang2 letak tepung lepas gris dengan butter. cuma perlu pastikan dasar acuan diletakkan kertas minyak, in my case i letak jer kertas a4 :p

    ReplyDelete
  3. bestnya...

    tapi kalau sy buat..sure tak best...sbb..org2 kt rumah tk suka sngt kek2 ni..terutama kek coklat..

    kalau buat..makan sendiri..haih..sngt la tk best.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HARI MENTERNAK LEMAK

    ReplyDelete
  4. ana busy memasak ya cuti2 ni.....perghh the best je tgk kek tu...bilalah ai ni nk pandai masak kek2 ni..

    ReplyDelete
  5. nampak sedap la ana.. pasti nak cuba 1 hari nanti =)

    ReplyDelete
  6. @Nor moscow ana dulu tak pandai pun masak kek tapi sbb minat ana blajar, nor pun boleh jugak

    ReplyDelete
  7. @cek chun ana tak ukur palk acuan yg ana guna tapi kek ni dpt nipis jer so klu nak kek tu tinggi kena dblkan adunan

    ReplyDelete
  8. @nabilah_2908 kek coklat nih ana buat sbb abg hafiz yg suker

    ReplyDelete
  9. @Ogyyelah mama waktu cutiler masa nak masak2 klu ari kerja penatlah. mama kena try n error lama2 nanti pandailah buat kek

    ReplyDelete
  10. @dya adriza cubalah tak rugi cara buat pun senang jer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...