Tuesday, January 4, 2011

I Love Click : My Best Travel Picture Contest!

Contest oleh biqque dah lama berminat tapi baru hari ini ada mood nak buat n3 ni.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai contest ni klik sini. Hadiah lumayan menanti anda.  Tarikh tutup 9 Jan 2011 jam 12 malam

 

Gambar yang pada ana adalah my best travel picture adalah gambar ini

P1060279

Gambar ini adalah di antara gambar2 yang diambil sewaktu percutian ana & family ke Perth baru-baru ini.   Sewaktu di Perth, kami dibawa melawat ke Caversham Wildpark Life.  Di sana terdapat pelbagai haiwan yang dipelihara dalam habitatnya untuk tarikan pelancong.  Salah satu daripada haiwan tersebut adalah kangaroo dan terdapat acara memberi makan kepada kangaroo.  Makanan kangaroo dibuat daripada oat.  Cara nak bagi makan kangaroo adalah seperti pada kedudukan ana di dalam gambar iaitu hampir dengan tanah sebabnya telah menjadi amalan kangaroo untuk makan di atas tanah.  Masing2 excited sangat nak bagi makan pada haiwan yang menjadi kebanggaan Australia nih tapi rasa gelilah pulak bila gigi dan lidah kangaroo ni terkena tapak tangan. 

Gambar ini diambil oleh anakanda, Abg Hafiz yang takut2 nak dekat dengan kangaroo, jadinya inilah satu2nya gambar ana dengan cik kangaroo.  Rasa rugilah pulak sebab the other half siap gambar berpeluk2 dgn kangaroo.  Well maybe next time kalau ada rezeki lagi ke sana.

ana ayesha

1 comment:

  1. wahhhhh kangaroo! i dulu siap baring2 ngan diorang :D

    ok, masuk list dah! good luck and tenkiuuuuuuuuu! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...