Tuesday, January 4, 2011

Dua cedera akibat lembu bunting rempuh kereta

Ini adalah di antara berita yang disiarkan di Utusan Malaysia Online hari ini.  Kejadian kereta dirempuh oleh lembu di jalanraya di kawasan luar bandar adalah tidak menghairankan.  Tetapi kejadian ini berlaku di lebuhraya di Putrajaya dan ana berada di tempat kejadian.

2 ekor lembu yang bunting (rugile gembala lembu tu) telah merempuh sebuah kereta Protan Waja di Persiaran Utara (baru ni tau nama jln ini) dari Hospital Serdang menghala ke Putrajaya.  Walau bagaimanapun, mangsa yang terlibat hanya cedera ringan.

Banyak kali jugalah ana nampak sekawan lembu bersama gembalanya di kawasan hutan bersebelahan lebuhraya ni tak tak sangkalah pulak boleh terjadi kemalangan.  Mungkin lembu2 tu terlepas daripada kawalan gembalanya.

Kesimpulannya bila melalui lebuhraya ni kenalah berhati2 bukan hanya manusia yang melintas (pekerja di site contruction) tetapi lembu juga melintas di lebuhraya

je_05.1

Nak tahu berita lengkap klik di sini

ana ayesha

1 comment:

  1. tkde rezeki la pemilik lembu tu kan..? ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    PANDANGAN ANDA DIPERLUKAN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...