Wednesday, January 26, 2011

Bila Besar Nanti Nak Jadi Juruterbang

Ini Abg Hafiz

P1020491

Cita-cita nak jadi juruterbang pesawat komersil bukan juruterbang pesawat penggempur

ak-mh3 Nampak segak

Hohoho besar cita2 tu! Bolehkah dicapai? Insya Allah, yakin boleh tapi kena usaha dan fokus serta tahu apa yang perlu ada untuk jadi juruterbang.

Bila ditanya mengapa nak jadi juruterbang? Jawapannya, boleh jalan2 ke luar negara. Kemain lagi Abg Hafiz nih nak jadi juruterbang sbb nak jln2 ke luar negara.  Tapi kerjaya nih penuh cabaran serta berisiko tinggi. 

Jom tengok dulu apa ciri2 yang perlu ada kalau nak jadi juruterbang.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya ~ Abg Hafiz, jgn ingat nak jln2 aje!

2. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani ~ ha yg ni Abg Hafiz perlu disiplinkan diri, bangun awal, solat dgn sempurna dan always on time okay! Kena berani kalau nak takut tu biarlah bertempat, takut utk tinggalkan solat contohnya

3. Boleh berkomunikasi dengan baik ~ yup, bertuturlah dgn jelas dan tepat maksudnya

4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik ~ ha brush up your language

5. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik  ~ ni kena fokus dr skrg, tanamkan minat dgn sains dan matematik

6. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun ~ yg ni kena plan betul2 tak boleh delay, kalau lambat melepas peluang

7. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental ~ kesihatan kena jaga, mkn mesti seimbang, mesti cukup semua zat, sayur dan buah2an juga mesti mkn

8. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna) ~ jarakkan penglihatan dgn tv & komputer, ni tgk tv mcm nak masuk dlm tv

9. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci) ~ ni rasanya tak ada masalah sbb Abg Hafiz dah hampir sama tinggi dgn Ana

10. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan

Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Tempat mengikuti latihan

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan

Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya B4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2005&dt=0218&pub=DuniaPendidikan&sec=Kaunseling&pg=ka_01.htm

416860msbhhg1zjm ana ayesha

8 comments:

  1. Malaysian Flaying Academy...dekat je dgn office sy..huhu...

    kalau lalu...selalu nmpk kapal terbang kecil tersadai kt garage kapal terbang...kalau nasib baik..leh nmpk pilot yg baru lepas latihan turun dr kapal terbang..huhuh... ;)

    bagus cita2 ni..moga cita2 abg hafiz tercapai..Insya'Allah.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SAYANGI PEMBACA ANDA

    ReplyDelete
  2. @nabilah_2908 oooooooooo gitu ker, ha blh ler cari calon pilot blh selalu fly2

    ReplyDelete
  3. aminnn...kalau jadi pilot...leh lah amek exam kat DCA nnti...heheehe sini sellau je tgk budak2 bakal pilot amek exam...tp tersgt jarang muka melayu...huhuhu

    ReplyDelete
  4. wah! tinggi ya cita2 abg hafiz.. moga2 tercapai bila besar nanti. amin..

    ReplyDelete
  5. @Ogy ooooooo baru tau mama kerja sana, tak ramai melayu knp agaknya?

    ReplyDelete
  6. boleh tolong listkan semua tempat2 belajar memandu kapal terbang kat Malaysia??
    ade under kerajaan ke sekolah2 memandu nih??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...