Saturday, January 22, 2011

Apam Tepung Beras

Korang suka tak makan apam yang dibuat daripada tepung beras?  Pasti ada yang kata suka, ada yang kata tak suka dan ada juga yang  kata tak tahu rupa kuih  apam.  Maklumlah kuih apam nih adalah kuih tradisional.

Nilah dia kuih apam

 apamtepungberas

Kuih  apam ni ada juga yang dibuat  warna merah dengan menambah pewarna makanan.  Kuih ini sesuai untuk hidangan minum petang dan dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Apam tepung beras ni adalah di antara kuih kegemaran Abg Hafiz. 

 

RESEPI APAM TEPUNG BERAS

Sumber : Grandma

Bahan-bahannya :

200 gm tapai nasi

500 gm tepung beras (cap bunga teratai yang terbaik)

250 gm gula pasir

4 cawan air

2 sd teh eno putih

Cara membuatnya:

1.  Tapai nasi diramas dengan tepung beras dan gula pasir.  Masukkan air dan gaul rata

P1060854

2.  Mesinkan adunan supaya halus

P1060855

3.  Perapkan adunan selama 4 jam

4.  Setelah 4 jam, masukkan eno dan kacau sebati

5.  Biarkan adunan selama 1 jam lagi sebelum dikukus

6.  Masukkan adunan ke dalam acuan kecil atau gunakan loyang

P1060864

7.  Kukus selama 20 minit

Tada inilah hasilnya ……..

P1060865

8.  Sejukkan  apam dan keluarkan dari acuan.  Hidangkan kuih apam ini dengan kelapa parut (yang putih sahaja) yang telah digaul dengan sedikit garam

~ SELAMAT MENCUBA ~

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

8 comments:

  1. owh...sy suka kan apam ni....biasa beli time bfz..warna merah..makan dgn kelapa...sedap.. ;)

    bnyk juga bahan2nya yer..kena guna tapai + eno lagi...huhu...


    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    OH LELAKI IDAMAN !!

    ReplyDelete
  2. hi nabilah. apam ni ade yg tak guna tapai tapi hny guna eno dan rasanya pun berbeza. apam yg guna tapai rasanya ada manis dan ada masam

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa....arwah atuk dulu buat warna pink, hijo, kuning...hehe...rindu nk tgk beka apam lama2 tu..mana ntah perginyaa...ade lg ke tak kt kpg..

    ReplyDelete
  4. owh
    aku punay cara lain plak
    aku guna directly tepung beras
    tapai beras yg ni camner nak buat?!
    mak aku ade belajo buat tpi bile suh ajo,dia maleh!!

    ReplyDelete
  5. @Sidratul Muntaha cara buat tapai nasi .... next n3 le pulak yer

    ReplyDelete
  6. @Ogy yup kuih apam nih mmg sedap, mama kena try buat, mr b pasti suke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...