Monday, January 10, 2011

Apam Balik

Apam balik ni adalah di antara makanan favourite kami sekeluarga khasnya Abg Hafiz

P1060694

Resepi apam balik ini begitu popular di dunia masakan cyber, tapi ana tak ingat sumber resepi ini.

APAM BALIK

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan susu ~ ana guna susu segar
  • Sedikit mentega/marjerin ~ ana guna minyak 
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar, gula dan jagung krim
Cara-cara
  1. Kacau gula dan telur hingga kembang
  2. Masukkan soda bicarbonat dan baking powder. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu segar
  4. Masukkan tepung gaul sebati
  5. Letak sedikit minyak di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, ratakan
  6. Biarkan seketika, tutup sebenar dengan tudung periuk.  Taburkan bahan tabur di atasnya
  7. Apabila masak lipat, angkat dan hidang

p/s ~ apam balik ni sesuai untuk hidangan minum petang dan biasanya adunan disediakan di waktu tengahari

~ SELAMAT MENCUBA ~

ana ayesha

1 comment:

  1. mmmmm...boleh cuba juga...biasanya suka beli kt pasar malam...tp yg garing punya.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KEBAYA BIRU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...