Monday, January 31, 2011

Perth ~ Day 2 ~ Part 11

Dinner @ RESTORAN TASIK INDONESIA

Selesai  solat di Masjid Muhammaden, kami dibawa ke Restoran Tasik Indonesia yang terletak di North Bridge untuk dinner.  Dinner ni mmg ditunggu2 sbbnya lunch di Esplanade Hotel tidak menggembirakan (lebih tepat tak kenyang).  Nak tau knp tidak menggembirakan kenalah baca di sini.  Disbbkan lapar tahap  piranha, ana terlupa nak ambik gbr restoran dan makanan yg dihidangkan.

Hidangan makan malam kami adalah nasi putih dan lauk-pauk.  Yg ana ingat adalah ayam goreng dan sambal belacan (manis ler pulak rasanye) serta keropok sayur (hidangan yg Abg Hafiz suker sgt).  Hidangan lain adalah ikan masak cili dan sayur campur.

tasekindo

Pandangan di hadapan restoran, warna biru lembut.  Susah juga nak dptkan gbr restoran ni.  Sumber : google

KINGS PARK & BOTANIC GARDEN

Selesai dinner, badan mmg penat sbb hari ke 2 ni mmg all out dan keinginan utk balik ke hotel mmg tinggi.  Tapi En. David ttp nak teruskan agenda lawatan ke Kings Park.

Kings Park terletak lebih kurang 1.5 km drpd pusat bandar Perth.  Makanya tak jauhlah dr restoran.  Dengan jumlah keluasan 400.6 hektar,  Kings Park terletak bersempadan dgn Swan River.  Di Kings Park, terdapat pelbagai himpunan flora dan merupakan tempat yg popular utk berkelah, bersantai (sewaktu kami sampai di Kings Park, terdapat ramai yg bersantai menghadap Swan River sambil menyaksikan matahari terbenam), kebudayaan (waktu kami di sana terdpt konsert yg diadakan secara percuma tapi tak tengok, masa suntuk sgt) dan juga upacara pengkebumian.

P1050995  Ni Abg Hafiz bergbr kenangan.  Bgn yg kelihatan tu, adalah information centre tapi waktu kami smp centre tu dah tutup

Apa yang ada di Kings Park?

kingspark

kingspark1

Pokok2 ni terletak berhampiran parking lot, setiap tanaman dilabelkan namanya

P1050991

Ini di antara pokok yg terdapat di Kings Park.  Di Perth mmg terdpt byk pokok besar mcm yg dlm gbr, mungkin the oz begitu menghargai pk2

Di Kings Park juga terdapat war  memorial bg memperingati tentera Australia yg terkorban seperti yg terdapat di Fremantle

220px-Kings_Park_War_Memorial_Sunrise_2

Kredit : google

P1060002

Plak ni pun sama spt yg terdpt di Fremantle  war memorial

kingspark2

Di atas batu bentuk 4 segi tu tertulis nama tentera yg terkorban.  Sg yg kelihatan tu mesti Swan River.

Kawasan Kings Park ni mmg besar dan kami tak sempat menjelajah keseluruhannya kerana kesuntukan masa tambahan lagi badan pun dah penat.  Kalau tgk web site Kings Park mcm2 ada ………. maybe next time jika berpeluang ke Perth lagi

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

Saturday, January 29, 2011

I’m in the good mood : Eggless Chocolate Cake

2 hari tak ade mood nak update blog, gara2 mesyuarat!

Dah lama teringin nak buat kek coklat yang tak perlu guna telur, akhirnya terlaksana juga apa yg diinginkan.  Bakar kek nih sebentar tadi. Pendapat ana : rasa kek ni sedap tak terlalu manis, lembut, lembap dan tak terasa soda bikarbonat (ada di antara kek coklat yg terasa sgt soda tu).  Cara nak buatpun semudah ABC, maknanya senang sangatlah tu, tak perlu guna mixer dan bakar pun sekejap jer.

P1060907

Nilah dia sihitam manis pandang dan rasa  pun tak jemu.

Resepi milik Dayang Jack.  Thanks dear.

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam ~ tak letak
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas ~ ana campurkan 1 sd teh nescafe ke dlm 3/4 cwn air panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung (ana terlupa nak tabur tepung, tapi kek tak lekat). Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s ~ kek ni ana sejukkan sekejap di dlm loyang dan potong, gara2 tak sabar nak merasa.  Next time kena doublekan adunan utk dptkan kek yg lebih tinggi.

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

Wednesday, January 26, 2011

Bila Besar Nanti Nak Jadi Juruterbang

Ini Abg Hafiz

P1020491

Cita-cita nak jadi juruterbang pesawat komersil bukan juruterbang pesawat penggempur

ak-mh3 Nampak segak

Hohoho besar cita2 tu! Bolehkah dicapai? Insya Allah, yakin boleh tapi kena usaha dan fokus serta tahu apa yang perlu ada untuk jadi juruterbang.

Bila ditanya mengapa nak jadi juruterbang? Jawapannya, boleh jalan2 ke luar negara. Kemain lagi Abg Hafiz nih nak jadi juruterbang sbb nak jln2 ke luar negara.  Tapi kerjaya nih penuh cabaran serta berisiko tinggi. 

Jom tengok dulu apa ciri2 yang perlu ada kalau nak jadi juruterbang.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya ~ Abg Hafiz, jgn ingat nak jln2 aje!

2. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani ~ ha yg ni Abg Hafiz perlu disiplinkan diri, bangun awal, solat dgn sempurna dan always on time okay! Kena berani kalau nak takut tu biarlah bertempat, takut utk tinggalkan solat contohnya

3. Boleh berkomunikasi dengan baik ~ yup, bertuturlah dgn jelas dan tepat maksudnya

4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik ~ ha brush up your language

5. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik  ~ ni kena fokus dr skrg, tanamkan minat dgn sains dan matematik

6. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun ~ yg ni kena plan betul2 tak boleh delay, kalau lambat melepas peluang

7. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental ~ kesihatan kena jaga, mkn mesti seimbang, mesti cukup semua zat, sayur dan buah2an juga mesti mkn

8. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna) ~ jarakkan penglihatan dgn tv & komputer, ni tgk tv mcm nak masuk dlm tv

9. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci) ~ ni rasanya tak ada masalah sbb Abg Hafiz dah hampir sama tinggi dgn Ana

10. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan

Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Tempat mengikuti latihan

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan

Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya B4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2005&dt=0218&pub=DuniaPendidikan&sec=Kaunseling&pg=ka_01.htm

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Monday, January 24, 2011

Perth ~ Day 2 ~ Part 10

Solat Jamak Takhir di Masjid Mohammaden, Perth

Sewaktu feri cruise dari Fremantle berlabuh di jeti Perth, waktu asar telah pun masuk dan kami bercadang untuk solat jamak takhir.  Tour leader berbincang dengan Mr David, untuk pulang ke hotel untuk menunaikan solat.  Tetapi Mr David cadangkan kami solat di Masjid Mohammaden sebab katanya kalau dah balik ke hotel, ramailah yang akan lepak dan akan lambat untuk dinner. 

Solat di masjid tiada di dalam agenda lawatan dan kami amat bertuah kerana peluang untuk menunaikan solat di sebuah masjid di Perth.  Pada hari pertama kami bersolat jamak takhir di bilik hotel sahaja.

Masjid Mohammedan beralamat 427-429 William Street, Perth.  Masjid ini terletak di North Bridge dan merupakan masjid pertama di Western Australia, ia didirikan 106 tahun dahulu iaitu pada tahun 13 November 1905 seperti yang tercatat pada papan tanda di dalam masjid. 

P1050970

  Inilah dia masjid tu

imagesTembok yang tinggi dibina mengelilingi bgn masjid.  Kedit : terungceweng.blogspot.com

P1050974

Grandma bergambar di sisi pintu gerbang masjid yg diperbuat drpd kayu

MASJIDPERTH

Bila dibuka pintu gerbang, barulah nampak bangunan masjid.  Besar jugalah masjid nih satu bhg bgn dibina 2 tkt mungkin sambungan drpd bgn asal yg setingkat.

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Saturday, January 22, 2011

Apam Tepung Beras

Korang suka tak makan apam yang dibuat daripada tepung beras?  Pasti ada yang kata suka, ada yang kata tak suka dan ada juga yang  kata tak tahu rupa kuih  apam.  Maklumlah kuih apam nih adalah kuih tradisional.

Nilah dia kuih apam

 apamtepungberas

Kuih  apam ni ada juga yang dibuat  warna merah dengan menambah pewarna makanan.  Kuih ini sesuai untuk hidangan minum petang dan dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Apam tepung beras ni adalah di antara kuih kegemaran Abg Hafiz. 

 

RESEPI APAM TEPUNG BERAS

Sumber : Grandma

Bahan-bahannya :

200 gm tapai nasi

500 gm tepung beras (cap bunga teratai yang terbaik)

250 gm gula pasir

4 cawan air

2 sd teh eno putih

Cara membuatnya:

1.  Tapai nasi diramas dengan tepung beras dan gula pasir.  Masukkan air dan gaul rata

P1060854

2.  Mesinkan adunan supaya halus

P1060855

3.  Perapkan adunan selama 4 jam

4.  Setelah 4 jam, masukkan eno dan kacau sebati

5.  Biarkan adunan selama 1 jam lagi sebelum dikukus

6.  Masukkan adunan ke dalam acuan kecil atau gunakan loyang

P1060864

7.  Kukus selama 20 minit

Tada inilah hasilnya ……..

P1060865

8.  Sejukkan  apam dan keluarkan dari acuan.  Hidangkan kuih apam ini dengan kelapa parut (yang putih sahaja) yang telah digaul dengan sedikit garam

~ SELAMAT MENCUBA ~

416860msbhhg1zjm (1)[5] ana ayesha

Friday, January 21, 2011

Perth ~ Day 2 ~ Part 9

CruiseS dari Fremantle ke Perth

Selesai meninjau2 di Fremantle Market, kami dibawa ke O’Connor Landing di Victoria Quay.  O’ Connor Landing (dibina pada kos 1 billion termasuk tempat letak kereta) adalah tempat khas untuk feri berlabuh untuk cruise dari Fremantle – Perth versa.  Waktu ni cuaca amat panas, lebih panas daripada cuaca di Malaysia, tekak rasa kering.

P1050939

Jom tengok gambar di sekitar Victoria Quay.

P1050877_thumb[6][4] P1050878_thumb[6]

Tempat letak kereta banyak disediakan

P1050873_thumb[4]P1050872_thumb[3]

Bot2 persendirian di simpan di sekitar kawasan pelabuhan

P1050929_thumb[5]P1050875_thumb[11]

Kelihatan feri dan kapal sedang berlabuh

P1050928_thumb[3]

Banyaknya basikal di dalam bot, kemana agaknya nak dibawa?

P1050923_thumb[7]

Seperti biasa, model tak berbayar, Abg Hafiz bergaya dgn topi yg dibeli di Fremantle Market bergambar kenangan.  Topi ni harganya A$5 satu di Fremantle Market tapi di kedai souviner yg kami singgah pada hari pertama di Perth boleh dapat pada harga serendah A$2, terasa amatlah ruginya.

P1050925_thumb[2]

  Inilah dia feri 2 tingkat yang kami naiki ~ James Stirling

P1050930_thumb[3] P1050931_thumb[4]

Beratur menaiki feri

P1050935_thumb[1]P1050934_thumb[1]

P1050941_thumb[1]P1050943_thumb[1]

Di dalam feri ~ kami duduk di tingkat atas.  Ada disediakan minuman di dlm feri tapi kami tak minum pun

Inilah laluan feri di antara Fremantle ke Perth.

image038 Cruise Fremantle ke Perth adalah melalui Swan River.  Kredit : brendaluderman.info

Jom tengok apa yang kami nampak sepanjang cruise nih

P1050949P1050946

 

Kapal yang berlabuh di sepanjang pelabuhan

P1050952P1050954

P1050953

Sepanjang cruise, terdapat banyak bot yang melalui Swan River, mungkin juga pemilikan bot bukan sesuatu yang asing di sini dan dianggap sebagai salah satu cara untuk beriadah. 

P1050955 

Dah namanya pun Swan River, tentulah ada swan. Kelihatan dalam gbr adalah swan hitam

P1050950

Nampak tu ada jambatan keretapi dibina merintangi Swan River

P1050956Police Water Office ~ mungkin sebab ramai yang menggunakan bot jadinya diwujudkan pasukan polis bagi mengawal lalu lintas di kawasan perairan Swan River

Cruise ni memakan masa yang agak lama, rasa boring le pulak.  Mungkin sebab pemandangannya biasa2 jer tak nampak apa yang istimewa.  Sejam kemudian, rasa amat lega, akhirnya sampai juga di destinasi bila nampak jeti untuk feri landing di Perth, Mr. David telah sedia menanti kami di sana.

P1050960

Ini gambar jeti untuk feri landing di Perth.  Bangunan yg mcm roket tu adalah Swan Bell Tower yg merupakan salah satu tarikan pelancong di Perth.

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...