Monday, December 27, 2010

Putrajaya Ramai Wanita

Putrajaya ramai wanita ~ tajuk yang menarik perhatian ana di Berita Harian Online

IMG_0857

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) menunjukkan bahawa Putrajaya mencatatkan nisbah jantina lelaki terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 wanita.  Bermakna daripada 67,964 penduduk yang dilaporkan tinggal di Putrajaya, seramai 31,881 orang adalah lelaki  berbanding jumlah wanita yang dicatatkan iaitu seramai 36,083 (perbezaan sebanyak 4,202 orang).

Selain mencatatkan nisbah jantina yang terendah, Putrajaya turut mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang paling pesat sebanyak 17.77 peratus iaitu daripada 11,501 orang pada 2000 kepada 67,964 orang pada 2010.  Antara faktor yang dikenal pasti ialah pewartaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2001 dan ini menyebabkan berlakunya perpindahan ramai kakitangan kerajaan ke sini untuk mendiami kuarters yang disediakan.

Secara tidak langsung statistik ini juga menunjukkan bilangan penjawat awam wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki di Putrajaya.  CUEPACS sudah menubuhkan Unit Penduduk dan Pembangunan Penjawat Awam untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyeimbangkan jumlah jantina lelaki dan wanita sebagai penjawat awam.

1 comment:

  1. hmm..
    ramai yer..
    uish...
    idup wanita.
    erk!
    marah lelaki kang!ekeke.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...