Tuesday, December 21, 2010

Perth ~ Day 2 ~ Part 5

Selesai melawat Lake Monger, kami meneruskan perjalanan ke Fremantle melalui freeway.  Di sepanjang freeway,  laluan keretapi terletak di tengah2 di antara freeway seperti gambar di bawah.  Bukan hanya landasan keretapi, stesyen keretapi juga dibina di antara freeway.  Bermakna perjalanan melalui jalanraya dan keretapi adalah melalui laluan yg sama.

 

Kredit : abc.net.au

Tempat yg kami lawati di Fremantle adalah Monument Hill War Memorial. 

Monument Hill direka oleh arkitek kelahiran Fremantle, J.F. Allen dan C.H. Nicholas.  Monument dibina pada tahun 1928 sebagai memperingati 60,000 tentera Australia yang terkorban/hilang dalam Perang Dunia Pertama.  Monument ini dibiayai oleh penduduk Fremantle dengan kos sebanyak 5,931  pound.  Monument dibina di atas tanah seluas 11 ekar termasuk taman bunga.

P1050838

Monument terletak di atas bukit.  Monument ini boleh dilihat dgn jelas dr freeway.  Gambar diambil dari dlm bas yg sedang bergerak

P1050841

Rupa sebenar monument

P1050848

Monument ini dibina bagi memperingati tentera Australia yang terkorban sewaktu peperangan di Korea, Malaya, Borneo dan Vietnam

P1050849

Close up : Tentera Australia  yang terkorban di Malaya 1948 – 1960 Perang Dunia Pertama

P1050845

Pembangunan di sekitar monument, kawasan perumahan mewah

P1050844 P1050851

Abg Hafiz bergambar kenangan

P1050852

Gambar kami semua sebagai kenangan tapi ada juga yang tiada di dalam gambar.  Waktu kami bergambar, cuaca panas terik.  Gambar diambil oleh Mr David

1 comment:

  1. lebih kurang mcm tugu negara la eh... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BILA TELEFON BRBUNYI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...