Sunday, December 19, 2010

Perth ~ Day 2 ~ Part 4

Dari Perth ke Fremantle

Setelah selesai lawatan di Perth Mint, kami dibawa ke Fremantle untuk melawat Monument Hill War Memorial, makan tengahari dan akhirnya kami balik ke Perth menaiki feri (cruise).

P1050835

Jom tengok kedudukan Fremantel dari Perth

perth_fremantle Jauh juga, dari Perth ke Fremantle lebih kurang 30 minit perjalanan

Dari Perh ke Fremantle  kami dibawa melalui freeway. 

P1050724

Adakah freeway sama seperti highway?  Freeway adalah jalanraya yang tiada intersection.  Bermakna dari Perth sepanjang freeway, tiada susur masuk/susur keluar sehingga sampai ke Fremantle.  Freeway juga tidak dikenakan tol, sesuailah dgn namanya freeway, laluan percuma.

Dalam perjalanan ke Fremantle, kami singgah di Lake Monger.  Tasik ini adalah tempat yang sesuai untuk swan hitam membiak.

P1050800 Abg Hafiz bergambar sebagai kenangan sebagai bukti tanda telah sampai ke Lake Monger

P1050804 Abg Hafiz di atas jambatan menuju ke jeti di Lake Monger.  Yang kelihatan di belakang Abg Hafiz adalah tasik tersebut.

P1050812

Pada papan jambatan dilekatkan nama2 tertentu, tidak diketahui apa kaitan nama2 tersebut dgn Lake Monger

P1050811

Inilah Lake Monger, dari jauh  nampak mcm swan sedang berenang2 tapi tak banyak, mungkin kami datang tak kena masanya

  

Ini rupa swan hitam.  Kredit : westernaustralia.com

P1050808 

Yang  ni apa pulak? Macam itik serati jer……….

Sewaktu kami di Lake Monger, terdapat pengunjung yang sedang beriadah (walking, jogging & cycling) walaupun cuaca panas, lebih panas dari cuaca di Malaysia.  Suhu paling tinggi waktu siang di Perth mencecah sehingga 36 darjah celcius, waktu tu ana pun dah mula rasa sakit tekak akibat kurang minum.  Kerana cuaca panas, kami semua cepat2 balik ke bas. 

P1050817

Mr David setia menunggu di dalam bas sambil membaca buku

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...