Friday, December 17, 2010

Perth ~ Day 2 ~ Part 3

Lawatan ke Perth Mint

Agenda pertama kami di hari ke 2 di Perth adalah lawatan ke Perth Mint.  Apa dia Perth Mint?  Macam nama perasa gula2 mint jer.  Jom tengok dulu kedudukan Perth Mint pada road map dari Hotel Goodearth tempat kami menginap.

perthmint_loc Dekat jer rupanya 0.3 km dari hotel

Mint bermaksud kilang syiling. Perth Mint adalah salah satu daripada kilang syiling lama di dunia yang masih beroperasi di kilang yang asal.  Bermakna bangunan Perth Mint adalah bangunan sejarah yang dibina di zaman dahulu kala.  Kalau tengok gambar di bawah, bangunan ni memang cantik tak seperti kilang tapi macam rumah.  Sewaktu sampai di sini, kami semua pun tertanya2 bgn apa nih sebab tak mcm kilang tapi kelihatan spt mansion.

Bukan hendak memuji lebih2 tapi sepanjang ana di Perth ana dapati bangunan lama di Perth memang cantik dan dijaga elok, khasnya bangunan church dan convent memang berseni binaan bangunannya.  Kebanyakan bangunan lama dibina dengan menggunakan facing bricks (batu-bata berwarna merah yang tidak perlu dicat).  Facing bricks ni mahal harganya berbanding batu-bata biasa.

 perthmint2

Kilang ni dibuka pada tahun 1899 dan merupakan cawangan British Royal Mint untuk memproses emas yang ditemui di barat Australia untuk dijadikan syiling emas untuk empayar British. (Australia sebelum merdeka adalah tanah jajahan British).  Kredit : perthmintbullion.com

Jom kita mulakan lawatan di Perth Mint P1050780Ini pintu gerbang untuk masuk ke Perth Mint

perthmint_statue

Masuk jer ke dlm kawasan Perth Mint, kami disambut oleh tugu yang dibina untuk memperingati pelombong emas, Nampak tak bekas yang ditanda merah? Dalam bekas tu ada jugak yg letak syiling, untuk apa tak pasti.  Kredit : http://en.wikipedia.org

Seperti biasa, model tak berbayar, Abg Hafiz memberikan pose yang istimewa sbg kenangan.

P1050774P1050775 P1050773

Gambar ke 2 Abg Hafiz bergbr di hadapan tandas (pintu berwarna putih).  Tandasnya amat bersih.  Fire alarm (warna merah) nampak antik sekali.

Kami dibawa ke dalam bangunan dan telah diberi penerangan mengenai bagaimana emas dijumpai di Western Australai (WA) juga ditunjukkan peralatan yang digunakan utk melombong dan replika ketulasan emas.  Jom tengok gbr2

P1050757 P1050756  P1050760 P1050755

Seterusnya kami dibawa untuk menyaksikan demonstrasi bagaimana bongkah emas dibuat seperti gambar di bawah.  Kamera tidak dibenarkan di dalam bangunan.

P1050766

Sewaktu demonstrasi, semua lampu dipadamkan (gelaplah) supaya proses tu boleh dilihat dgn jelas.  Apa yang menariknya setelah bongkah emas terbentuk ia akan dicairkan semula untuk demonstrasi seterusnya.  Waktu bongkah akan dimasukkan ke dalam bekas untuk dicairkan semula, seorang pengawal keselamatan hadir untuk memerhati, mungkin untuk tentukan bongkah yang dimasukkan adalah bongkah emas yang sebenar. (mungkin ada kes tipu sebelum ni agaknya)

goldpourdemo Kredit : westernaustralia.com

Di Perth Mint, pelancong juga boleh menempah syiling emas.  Syiling emas ini boleh ditempah mengikut kehendak sendiri. 

Selesai lawatan di Perth Mint, kami sempat juga menyerbu kedai souviner yg terletak berhampiran ………. semangat begitu membara bila tengok souviner yg comel2 dan harganya lebih murah berbanding kedai souviner pertama yg kami singgah, tapi masa yg diberi begitu terhad.

8 comments:

  1. ada kawalan ketat tk masa masuk kat sini..? :)

    eh..jom joinBLOG LARIAN

    ReplyDelete
  2. kita pon belum sampai lagi kat cni..blh la melawat nanti

    ReplyDelete
  3. @ajikecik tak belilah emaslah Abg Hafiz, tiba2 jer jadi miskin bila melancung ke Perth

    ReplyDelete
  4. @nabilah_2908 tak de kawalan ketat, cuma tak blh guna kamera dlm bgn dan of course kena bayar tiket dan pakai gelang kertas

    ReplyDelete
  5. @Hamizah salam perkenalan hamizah, tq sudi singgah dan follow blog ana

    ReplyDelete
  6. macam best je tempat ni,menyesal plak x perg ari tu. saya malas nak perg sebab saya x minat sangat nak lawat tempat2 yg cam museum ni

    ReplyDelete
  7. @RaJa NuRuL FaTiN betul tu dik klu gi sendiri mesti tak nak melawat tmpt mcm ni tapi dah smp tu elok juga pergi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...