Wednesday, December 15, 2010

Perth ~ Day 2 ~ Part 1

Hari ke 2 di Perth, bangun tidur lebih dalam pukul 3 am sebab waktu subuh masuk lebih kurang pukul 3.30 am.  Kena bangun awal supaya tak perlu berebut bilik air.  Setelah selesai solat subuh, waktu masih awal lagi tapi mata tak boleh pulak tidur.  Nak turun pergi breakfast juga masih terlalu awal, cafe hanya buka pukul 7 am.  Jadinya kami bancuh horliks dan makan biskut yang dibeli pada hari pertama di Perth.  Abg Hafiz berselera benar makan biskut cream crackers. 

Untuk  makluman, sebarang makanan termasuk biskut tidak boleh dibawa masuk ke Australia.  Di  bhg periksaan kastam di lapangan terbang disediakan tong sampah besar untuk kastam campakkan semua makanan ke dalamnya,  Tapi kalau makanan khas utk baby lepaslah.

Pukul 8 am, kami turun ke Cafe and Restaurant di  ground floor hotel untuk sarapan.

ge10

Ni entrance cafe dari luar hotel. 

Breakfast disediakan secara buffet.  Makanan yg disediakan adalah seperti yg ada di Malaysia.

P1050698

P1060004

P1060003

Inilah sarapan yang kami nikmati : pancake, ini memang favourite ana (makan gn syrup, peanut butter dan jam), roti bakar, bijirin makan dgn susu (favourite Abg. Hafiz) dan buah2an.  Minuman coffee latte rasanya pahit2 manis (favourite  ana), jus buah pun ada disediakan.

P1060010

Ini adalah mesin coffee maker yang mengeluarkan bunyi yang sangat bisin.  Terdapat berbagai pilihan minuman disediakaan.  Ramai benar yg berminat dgn mesin ni.

P1060006

Abg Hafiz yg mmg hantu roti sedang menikmati sarapan.  Tengok tu cahaya matahari bersinar terik walaupun baru pukul 8am

 P1060181

Kami makan smp licin, maknanya sesuailah menu yg disediakan dgn tekak kami.

Selesai sarapan, waktu masih awal lagi sebab Mr David akan dtg jemput kami utk lawatan hari ke 2 pukul 9am, jadinya kami lepak dulu di lobi  hotel.  Sambil tu buka lappy utk on9, tapi hampa pagi tu tak ada wifi pulak.

Seterusnya kami melawat Perth Mint, next part

2 comments:

  1. wah..licin pinggan... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    S.I.B.U.K

    ReplyDelete
  2. @nabilah_2908 kami mkn smp licin tak membazir ..... lapor sbnrnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...