Wednesday, December 8, 2010

Perth ~ Day 1 ~ Part 4

Beli Barangan Malaysia di Perth

Ya kami membeli barangan Malaysia di sebuah kedai menjual barangan runcit dari Asia (termasuk Malaysia) semasa di Perth.  Nama kedai tu Emma’s Seafood.  Alamat : 319 William St, Northbridge WA 6003.  Kedai runcit ni khabarnya dimiliki oleh org Korea. 

Terdapat berbagai barangan makanan  kering dan sejuk beku dari Asia dijual di sini.  Antara barangan dari Malaysia yg dijual adalah roti canai segera tentunya jenama yg popular tu, tepung cucur keluaran bumiputera pun ada (bangganya), mee segera, campuran minuman segera 3 dlm 1 berbagai jenama dari Malaysia pun ada di kedai ni.  Begitu juga biskut dari Malaysia. 

P1050670 Abg Hafiz bergambar di depan kedai tu.  Gbr dlm kedai terlupa pulak nak tangkap

P1060557

Ni  pula resit barangan yg kami beli : Biskut krim kraker dan Horlicks, Harga tu dlm aus dolar tentulah mahal berbanding di Malaysia. Tak ada pilihan beli juga sebagai kudapan dan pastinya nak yg halal.  Alangkah baiknya kalau dapat bawa biskut dan roti dari Malaysia banyak pilihan dan harganya murah.

2 comments:

  1. wahh ana pi ostoliaaaa..lagi besttt....

    ReplyDelete
  2. hmm..next time kena siap sedia la dgn bekalan makanan.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    DIY BLOG TEMPLATE

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...