Monday, December 6, 2010

Perth ~ Day 1 ~ Part 2

Sampai saje di Hotel Goodearth (3 * hotel), kami semua sibuk tolong driver punggah beg sbb hotel tidak menyediakan perkhidmatan memunggah beg, maklumlah 3* hotel jer
coaster2
Driver dan tour leader bincang dgn receptionist hotel utk chek in
ge2
  Tulah dia driver coaster …. Mr David tapi grandma kata Mr Debab dan yg bertudung biru tu tour leader Cikgu Azimah (dah pencen)

Receptionist tu kata kami hny boleh check in pukul 2.30 pm ………. oh lama lagi tuuuuuuuu waktu kami smp di hotel tu pukul 7 am.  Jadinya kami semua lepak jer lah di lobby hotel hingga pukul 11.45 am.  Pukul 12 noon Mr David bawa kami lunch di restoran Takaza.  Beg semua disimpan di stor hotel. 

Sementara menunggu utk lunch ada di antara kami yg jln2 di bandar Perth menaiki bas percuma utk perkhidmatan di sekitar bandar Perth (KL pun ada menyediakan bas percuma .… ana belum cuba lagi) . Ana tak ikut sbb dgn perut lapar giler nak jln2 pun tak ada mood (last mkn dlm kapalterbang mkn nasi lemak Pak Nasir ~ rasanya  sedaplah juga sekadar utk alas perut).

Yg tak kemana2 tu kebanyakannya tidur di sofa lobby hotel.
ge Abg Hafiz posing  di lobi hotel.  Di belakang tu adalah di antara ahli rombongan

Ana on lappy utk hilangkan boring dan sambil2 tu cari kalau2 ada wifi percuma dan jumpalah  ………….. CafeScreen_Free_Wifi yehhhhhhhhh hilanglah boring.
ge4
Tengok tu ……. apalah yg ditunjukkan Abg Hafiz pada grandma
Kami on9 hingga habis bateri lappy dan bila nak charge bateri timbul pula masalah lain …… saiz plug charger tak sama dgn yg disediakan di dinding hotel.  Bila ana minta pd receptionist, dia kata all the plug in are in use ~ maknanya plug tu ada tapi semuanya dah diambil oleh penghuni hotel.  Huhuhu kembalilah rasa boring.   So nak hilang boring, ana snaplah  foto di sekitar hotel jom tengok.
ge9  Abg Hafiz bergambar di depan hotel
ge11
Abg Hafiz di depan Cafe n Restaurant hotel
ge7
Di antara bangunan di sekitar hotel

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...