Sunday, December 5, 2010

Perth ~ Day 1 ~ Part 1

Perth adalah  bandar ke 5 terbesar di Australia, perjalanan dari KL ke Perth mengambil masa 5 jam 20 minit.  D7 2714 mendarat di Perth International Airport (PIA) @ 5.08 am (waktu adalah sama spt Malaysia), suhu 18 darjah celcius
Arrival area di PIA adalah selesa, tidak perlu berjln jauh utk pemeriksaan imigresen dan untuk collect luggage.  Kemudahan tandas juga adalah selesa dan bersih tapi macam biasalah sediakan botol air (guna botol air/mug palstik yg diberi dlm kapalterbang) utk kegunaan mencuci di dlm tandas sbb tiada paip disediakan.
 Perth Airport 2
Pemeriksaan kastam  dan imigresen agak ketat namun lancar   Makanan dan bahan mentah untuk masakan tidak boleh dibawa masuk ke Australia.  Kastam Australia amat tegas, sekiranya jumpa makanan akan dibuang tapi khabarnya ada juga yg lepas. 
Jom tengok sekitar airport Perth
perthairport3
Suasana airport Perth tidak sesak berbanding LCCT
PIA Abg Hafiz  & grandma sedang menunggu bas untuk bawa kami ke hotel
Walaupun baru pukul 6 pagi tapi matahari telah terbit dan bersinar terik tapi angin yang bertiup adalah angin sejuk
perthairport5 Cahaya matahari yang terik menyilaukan pandangan
P1050591
Abg Hafiz dah boleh diharap untuk tolak troli …… hehehe tak rugi bawa dia jln2
Dari airport kami dibawa ke Hotel Goodearth, 195 Adelaide Terrace, Perth 6004  dengan menaiki coaster yang bersambung dengan tempat meletak barang seperti dlm gambar.  Coaster tu agak sempit
Van Coster
coaster
Rombongan kami seramai 21 org disambut oleh wakil Wel-Travel Australia (lelaki  China berasal dari Ipoh, Perak)
Dari  airport ke hotel mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.  Laluan di  antara airport dan hotel tidak sibuk.  Mungkin masih awal untuk sebarang aktiviti walaupun hari dah cerah.  Pembangunan di sepanjang laluan terdiri daripada kawasan perindustrian, bangunan pejabat, bandar kecil dan kawasan perumahan. 
P1050600
P1050601 Kenderaan tidak banyak di kawasan  traffic light
P1050602 Kawasan beriadah di tepi sungai
P1050608
Bangunan Perth Energy dlm kawasan bandar Perth

1 comment:

  1. wah bestnye ke perth..nxt time nk ikut ana la1hehehe..by the way, thanxs a lot for the souvenier~~canthequeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...