Tuesday, December 14, 2010

Perth ~ Day 1 ~ Final Part

Makan  Malam di Restoran Indonesia Indah

Ok this is the final part for the first day of our trip to Perth.

Kami dibawa oleh En David (pemandu bas juga sebagai pemandu pelancong) ke Restoran Indonesia Indah untuk makan malam.  Makan malam di Perth setiap hari adalah pada pukul 6 petang.

P1050683 Abg Hafiz yang berwajah segar bergambar di depan restoran

Di restoran tu, kami dibawa ke tempat makan menuruni  tangga seperti dlm gbr di bawah

P1050684  Dari luar, kedai ini kelihatan seperti kedai 1 tingkat tetapi bila masuk ke dlm kedai kami dibawa ke bhg bawah (dlm  tanah?) kedai.  Perhiasan daun tiruan ditepi tangga

Sewaktu kami sampai di restoran, kelihatan sekumpulan pelancung dari Malaysia sedang menjamu selera.  Mungkin restoran ini menjadi pilihan di kalangan pelancung dari Asia.

P1050679
Ini adalah hidangan makan malam kami, nasi putih, telur masak lemak, sayur campur masak lemak   putih, ayam goreng & gulai daging.  Kami juga dihidangkan dgn buah oren, manis sungguh rasanya.

P1050680 
Berselera betul Abg Hafiz makan di Australia, kalau di Malaysia susahnya nak makan malam

Jom tengok hiasan dalaman restoran ini

P1050689 Hiasan dinding yang mencerminkan budaya masyarakat  di Indonesia

P1050687
Payung bali juga digunakan sebagai perhiasan

P1050691
Kelihatan kaunter penyediaan makanan

**********************************************************************************
Lawatan Tidak Rasmi Ke Kedai Cenderahati ………. Tiada Di Dalam Agenda Lawatan


Setelah selesai makan malam, ada di  antara ahli rombongan kami yang singgah di kedai cenderahati yang terletak di seberang jalan Restoran Indonesia Indah.  Bila seorang telah singgah yang lain pun pasti ikut serta (termasuk   ana). 

P1050695 Kedai ni dimiliki oleh mat saleh Australia dan dia kata this is the best souvenir shop in Perth, strategi bisnes jer sbb kemudiannya kami jumpa kedai yang jual cenderahati yg sama pada harga yg lebih murah

Macam2 bentuk souviner ada dijual dari keychain, fright magnet, bag, pen,wallet dsbnya.  memang rambang matalah  nak memilih kalau boleh semua nak beli tapi kena beli dgn berhemah kena bandingkan hg dlm $Aus dan RM, kalau berbaloi  baru beli.  Tapi bak kata tour leader kalau di Malaysia beli souviner mesti nak yg murah tapi bila dah berada di  Perth, mahal pun beli juga.  Tapi itu org lainlah bukan ana yer.

Mat saleh taukeh kedai tu pastinya untung banyak mlm tu, sebab ada yg sampai membeli souviner hingga beratus2 $Aus
P1050693 Ini gambar depan kedai, banyak sungguh souviner pelbagai pilihan

Akibat terlalu asyik membeli, kami lewat pulang ke bas yang menunggu, Bila kami sampai jer di bas, Mr David masam muka sebab kami lewat.  Nak buat mcm mana Mr David, org Malaysia mmg pantang jumpa kedai mesti nak membeli hehehe.

Tapi yg ana perasan, tiada kehidupan mlm di Perth sbb kebanyakan kedai tutup awal jalanraya lengang jer tak byk kenderaan ataupun mungkin kami dibawa ke kawasan yang tiada kehidupan mlm.  Mungkin Raja Nurul Fatin yg belajar di Tasmania dan telah melawat Perth boleh beri pendapat.

Sampai jer di bas, tour leader minta maaf berkali2 dgn Mr David.  Mr David kata dia tak boleh park bus sesuka hati di bandaraya Perth takut nanti kena saman tapi sepanjang ana di Perth tak pernah sekali nampak polis meronda mungkin juga di Perth kadar jenayah sgt kurang dan polis tak perlu meronda selalu. 

Sampai sahaja di hotel, sebelum tidur kami solat Maghrib jamak dgn Isyak lepas tu tidur kena tidur awal sebab kena bangun awal.  Di Perth lebih kurang pukul 3.30 am, dah masuk Subuh.  Siangnya lebih panjang berbanding malam.  Sebelum tidur kami supper (lebih tepat sapu) dgn biskut dan horlicks yg dibeli siang tadi.  Makan jer ………… 

Nantikan cerita hari ke 2 kami di Perth, jangan jemu menunggu sebab hari2 seterusnya cerita lebih menarik

9 comments:

  1. salam..
    Bestnya....suka tengok gambar

    ReplyDelete
  2. bestnya bercuti... hahaha

    anyway.. follow anda...

    ReplyDelete
  3. cantiknyaa restoran indon tu..
    i x pernah pg perth.. teringin gk nk pg.. =_=

    ReplyDelete
  4. tak jemu la...mmg setia menanti episod seterusnya...tk dapat pergi..kongsi cerita pun seronok... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SAMAN OH SAMAN

    ReplyDelete
  5. @Zanna Rohim hi zanna salam perkenalan

    tq sudi singgah

    ReplyDelete
  6. @Amirrah Zawani hi amirrah salam perkenalan

    tq sudi singgah. kalau ada rezeki, amirrah juga boleh sampai di Perth

    byk berjln luas pandangan

    ReplyDelete
  7. @Magrib hi magrib, salam perkenalan. cuti mmg best tak perlu kerja

    tq sudi singgah, follow u too

    ReplyDelete
  8. saya bli souvenir kat pasar yg kat frementle tu. saya lupa dah nama pasar tu. ada satu kedai yg orang indonesia punya kat pasar tu sourvenir memang paling murah nak compare ngan tempat lain

    ari tu saya x masuk pun Indonesia Indah sebab kawan saya ckp kat restoren tu makanan dia cam kat Malaysia, maklum la time tu dah nak balik Malaysia. So saya bnyak mkn kat western restoren n japanese restoren.

    kat australia ni mostly bandar memang senyap waktu malam. ikut pengalaman saya, bandar sydney dan melbourne je yg meriah waktu malam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...