Monday, December 27, 2010

Farah AF2 ~ Menyempurnakan Yang Wajib

Farah artis yang lahir daripada rancangan realiti yang amat popular di Malaysia satu ketika dahulu,  lalu Farah lebih dikenali sebagai Farah AF2.  Tak pasti sejak bila Farah mula bertudung.  Sehinggalah Farah muncul menghiasi  majalah ANIS keluaran Januari 2011 baru ana sedar akan perubahan penampilannya.  ALHAMDULILLAH satu penghijrahan ke arah yang lebih baik.

17868_266582703387_261541153387_3536857_6765175_n (1) farah2

17868_266582703387_261541153387_3536857_6765175_n

Gambar : Google

Keinginan Farah untuk bertudung timbul setelah melawat Kemboja untuk penggambaran rancangan terbitan tv berbayar pada tahun 2009.  Sewaktu di Kemboja, Farah telah bertemu dengan sebuah keluarga yang sangat daif, lalu Farah telah bertanya mengapa wanita (isteri) tidak bekerja membantu suami bagi menampung perbelanjaan isi rumah?  Wanita tersebut menjawab, dia tidak mempunyai pakaian yang menutup aurat untuk keluar bekerja. 

Jawapan tersebut telah menyedarkan Farah bilamana seorang yang daif serba kekurangan mengetahui akan hukum menutup aurat namun tidak mampu menunaikannya tetapi bagi dirinya yang mampu untuk memiliki kelengkapan diri tidak mampu untuk menunaikan kewajipan menutup aurat.

3 comments:

  1. Alhamdulillah......

    Yg dh pakai tudung ni...nk cuba melabuh2kan tudung pula....aduhaii..

    ReplyDelete
  2. bagus si farah ni...da dengar kata dia nak bertunang tak lama lagi kan...dengan peminat dia jugak

    ReplyDelete
  3. tau juga tntg ni...bagus la ramai dah artis2 mula pakai tudung kan..?

    tp jgn jd mcm sesetgh artis dh la..kejap buka..kejap pakai...tutup kepala separuh...huhu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    VACATION 2010

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...