Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki 2010 Milik Malaysia

Malaysia menjuarai Piala Suzuki 2010.  TAHNIAH kepada team Harimau Malaya dan jurulatih K. Rajagobal


Setelah menunggu selama 14 tahun, akhirnya Malaysia berjaya membawa pulang Piala Suzuki 2010 dan hadiah A$100,000.  Malam tadi pasti ramai yang bersorak riang Malaysia menang aggregate 4 -2


Peristiwa di belakang tabir, antaranya

Penyokong Indonesia dengan sepanduk yang memberikan gambaran provokasi yang memberi maksud "kalahkan "perompak" sia" 

Penyokong bola sepak Indonesia yang turut mengaitkan watak animasi Upin & Ipin ke dalam kancah perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia (bermakna UPIN & IPIN mmg popular di Indonesia)

Pasukan Harimau Malaya dilindungi oleh 5 kereta perisai untuk ke Stadium Gelora Bung Karno 

Kedutaan Malaysia  menjadi stadium ke 2 gara-gara penyokong Harimau Malaya tidak mendapat tempat yang sewajarnya di Stadium Gelora Bung Karno

Tapi khabar yang paling menggembirakan rakyat Malaysia adalah pengumuman cuti oleh PM hip2 horay


p/s ~ dengarnya ada pekerja swasta yang tidak dibenarkan bercuti esok

ana ayesha 

Doa Abu Darda

Jom amalkan doa ini




ana ayesha 
 


Tuesday, December 28, 2010

Perth ~ Day 2 ~ Part 7

Lunch @ Esplanade Hotel

Wah tajuk hebatkan tapi sebenarnya tak hebat mana sbb lunch yg diharapkan sedap bertukar menjadi hampeh.  Expectation kami memang tinggi sebab lunch di hotel, tapi bila kami ditunjukkan nasi goreng yg bercampur daging b*b* selera makan tiba2 hilang.  Kami berhati2 memilih hidangan.  Apa yang dijamah waktu tu hanyalah kentang rebus (makan dgn banyak sbg pengganti nasi), udang (sedap dan terasa manisnya) dan buah2an. 

P1050867

Inilah hotel yg dimaksudkan.  Bertaraf 4 1/2 *

P1050855 Abg Hafiz termenung fikir nak mkn apa

P1050854

Suasana dlm hotel

Selesai mkn, kami lepak di luar hotel sambil menunggu Mr. David utk bawa kami menaiki curise ke Perth

 P1050858P1050859P1050860

Berhampiran hotel terdapat sebuah taman awam, ramai juga yang bersantai di taman tersebut walaupun cuaca panas

P1050862 P1050892 

P1050863

P1050865  Abg Hafiz tak lepaskan peluang bergambar dgn smart car

416860msbhhg1zjm (1)

   ana ayesha

Jingle by Aizat

Sejak akhir2 ni, jingle by aizat ni semakin rancak disiarkan di corong radio  dan tv.  Dalam sehari entah berapa kalilah lagu ini disiarkan.  Rentak musik yg light and easy mudah ditangkap oleh telinga menjadikan lagu ini mudah diterima untuk dijadikan halwa telinga.

Pertama kali dengar lagu ini, ana tertanya2 lagu apa ni?  Tapi bila tanya Abg Hafiz cepat aje dia menjawab Bersama Lakukan Perubahan nyanyian Aizat.  Lirik lagu oleh SPRM.  Mungkin ini cara SPRM utk menyeru rakyat Malaysia supaya bersama2 melakukan perubahan utk memerangi rasuah musuh utama kita.

Lirik Lagu Bersama Lakukan Perubahan - Aizat

Seiring Ke Haluan
Capai Apa Dicitakan
Keazaman Di Dada

Kita kan bersatu
Bina Perubahan
Menghadapi Rintangan
Tak Rela Kecundang

Utamakan Kebenaran
Adil dan Kejujuran
Jati Diri,Harapan
Tingkatkan Keyakinan

Merempuhi Liku
Dengan Ketulusan
Menghadapi Cabaran dengan Ketabahan

Korus
Jadikan Kita
Pembela nyata di mata dunia
Dan Mendukung Aspirasi Kira
Menjunjung Amanah Beretika
Mampu Mengorak
Dan Menyusun Langkah Ke Hadapan
Bersama Lakukan Perubahan
Perangi Rasuah Musuh Kita Bersama

Best jugak layan lagu ni



Lihat pula statistik ini, rasuah musuh utama perkhidmatan awam
                     Sumber : Portal Rasmi SPRM

Monday, December 27, 2010

Farah AF2 ~ Menyempurnakan Yang Wajib

Farah artis yang lahir daripada rancangan realiti yang amat popular di Malaysia satu ketika dahulu,  lalu Farah lebih dikenali sebagai Farah AF2.  Tak pasti sejak bila Farah mula bertudung.  Sehinggalah Farah muncul menghiasi  majalah ANIS keluaran Januari 2011 baru ana sedar akan perubahan penampilannya.  ALHAMDULILLAH satu penghijrahan ke arah yang lebih baik.

17868_266582703387_261541153387_3536857_6765175_n (1) farah2

17868_266582703387_261541153387_3536857_6765175_n

Gambar : Google

Keinginan Farah untuk bertudung timbul setelah melawat Kemboja untuk penggambaran rancangan terbitan tv berbayar pada tahun 2009.  Sewaktu di Kemboja, Farah telah bertemu dengan sebuah keluarga yang sangat daif, lalu Farah telah bertanya mengapa wanita (isteri) tidak bekerja membantu suami bagi menampung perbelanjaan isi rumah?  Wanita tersebut menjawab, dia tidak mempunyai pakaian yang menutup aurat untuk keluar bekerja. 

Jawapan tersebut telah menyedarkan Farah bilamana seorang yang daif serba kekurangan mengetahui akan hukum menutup aurat namun tidak mampu menunaikannya tetapi bagi dirinya yang mampu untuk memiliki kelengkapan diri tidak mampu untuk menunaikan kewajipan menutup aurat.

Putrajaya Ramai Wanita

Putrajaya ramai wanita ~ tajuk yang menarik perhatian ana di Berita Harian Online

IMG_0857

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) menunjukkan bahawa Putrajaya mencatatkan nisbah jantina lelaki terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 wanita.  Bermakna daripada 67,964 penduduk yang dilaporkan tinggal di Putrajaya, seramai 31,881 orang adalah lelaki  berbanding jumlah wanita yang dicatatkan iaitu seramai 36,083 (perbezaan sebanyak 4,202 orang).

Selain mencatatkan nisbah jantina yang terendah, Putrajaya turut mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang paling pesat sebanyak 17.77 peratus iaitu daripada 11,501 orang pada 2000 kepada 67,964 orang pada 2010.  Antara faktor yang dikenal pasti ialah pewartaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2001 dan ini menyebabkan berlakunya perpindahan ramai kakitangan kerajaan ke sini untuk mendiami kuarters yang disediakan.

Secara tidak langsung statistik ini juga menunjukkan bilangan penjawat awam wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki di Putrajaya.  CUEPACS sudah menubuhkan Unit Penduduk dan Pembangunan Penjawat Awam untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyeimbangkan jumlah jantina lelaki dan wanita sebagai penjawat awam.

Balik Kampung hohoho Balik Kampung

Balik kampung hohoho balik kampung hati riang.  Setiap kali  balik  Teluk Intan, hati  kami pasti riang. 

Dalam  perjalanan ke Teluk Intan, selepas melewati pekan Bidor, kami pasti singgah di gerai di Kg. Simpang 3 Bidor utk menikmati laksa/mee yang enak dan harga pun murah, tak rugi singgah.  Menu yang ditawarkan mee kari, mee sup, mee rebus dan yang menjadi favourite ana, laksa yg best kuahnya pekat.

Kedudukan gerai tidak jauh dari lampu isyarat menghala ke Teluk Intan dari arah pekan Bidor.

image2379 Ke arah Teluk Intan susur ke kiri dari arah  pekan Bidor.  Kredit : blog.gilachess.com

 P1060641 Gerai berkonsepkan gerai terbuka yang beroperasi  hingga petang

P1040847 Gerai terletak berhampiran lampu isyarat dari Bidor – Teluk Intan

P1040836 P1040835

Aksi Abg Hafiz dengan air sirap kegemarannya

P1040842 P1040840 P1040841

Abg Hafiz share mee sup dgn grandma

P1040844

Alhamdulillah …….. kenyang dah

P1040845 P1040846

Abg Hafiz teruja melihat ibu ayam dan anak2nya, maklumlah dibesarkan di bandaraya

Sunday, December 26, 2010

PIALA SUZUKI 2010 FINAL PUSINGAN PERTAMA : MUKTAMAT MALAYSIA MENANG 3-0

Pencapaian secara mendadak menyaksikan Malaysia menang 3-0 mengatasi Indonesia.  Malaysia berada dlm keadaan yg selesa utk bertandang ke Indonesia.  Pasukan Malaysia bermain dgn agresif dari awal permainan lagi.  Misi membalas dendam telah tercapai, Piala Suzuki  dlm genggaman dan bakat pemain Malaysia boleh digilap lagi.

SYABAS MALAYSIA. AKSI2 MENARIK YG DITUNJUKKAN OLEH PUTERA2 NEGARA AMAT MENGHIBURKAN

Saturday, December 25, 2010

Si Comel Adib

Si comel Adib (tak tau nama penuhnya) adalah ahli rombongan ke Perth yang paling muda, 1 tahun 9 bulan.  Anak sulung kepada pasangan muda.  Sungguh bertuah Adib dapat menjejakkan kaki ke Perth. 

Adib@Mandurah

Adib @ Mandurah

Adib@Perth Airport

Adib @ Perth Airport

Adib @Cruise Captain HookAdib @ Cruise Fremantle - Perth 

Adib di Mesin ATM

Adib @ Perth Airport

Adob di Valley View

Adib @ Valley View Restaurant

Aksi Abg Hafiz Bila On9

Anak2 zaman sekarang mmg beruntung sebab boleh menikmati pelbagai kemudahan teknologi dgn mudah, semuanya dihujung jari.  Namun begitu setiap pergerakan mereka perlu dipantau supaya kemudahan teknologi digunakan dgn cara yg betul. 

Abg Hafiz bila dapat lappy dan on9 tahan berjam2 lamanya perut yang lapar jadi kenyang, mata yang mengantuk jadi segar.  Bahkan rancangan tv yg diminati juga tidak dihiraukan.  Lagi seminggu penggal persekolahan 2011 akan bermula, bermakna keinginan Abg Hafiz utk on9 juga perlu dihadkan.  Abg Hafiz perlu lebih fokus kpd pelajaran dan perbaiki mutu pencapaian akademik serta perbaiki mutu solat dan rajin2lah berjemaah di surau.  Semoga jadi anak yg soleh.  Amin.

12-11-10_2005 

P1050372

P1050301

P1060014

P1060581 Apalah yg menarik minat 2 beranak nih???????

Thursday, December 23, 2010

Perth ~ Day 2 ~ Part 6

Ronda2 di Fremantle

Selesai lawatan di Monument Hill, kami dibawa terus ke Fremantle city untuk lunch dan juga curise.  Sebelum ke hotel utk lunch, Mr David bawa kami pusing2 pening di sekitar bandaraya Fremantle. 

Sedikit mengenai Fremantle city : Fremantle adalah bandaraya pelabuhan, memperolehi taraf sbg bandaraya pada tahun 1929 (81 years ago).  Fremantle adalah bandaraya bersejarah yang masih mengekalkan bangunan yang  dibina pada abad ke 19 yg rekabentuknya cantik dan unik.

Jom layan gbr2 yang diambil dari dalam bas yang sedang bergerak

P1050898

P1050897 

P1050902

 P1050907

Stesyen keretapi Fremantle

P1050905

Marine House  Fremantle ~ binaan bgn yg unik

fremantle-australia

Market Street Cafes ~ kedai kopi terletak di hadapan jlnraya, pemandangan yang biasa dilihat di Fremantle.

Kredit : www.sydney-australia.biz

Sewaktu kami dibawa pusing2 di bandaraya Fremantle, org memang ramai dan kebanyakan mereka tidak kisah untuk bersantai sambil menikmati makanan di luar kedai walaupun cuaca panas.  Tak byk gbr ditangkap mungkin masing2 sibuk menghayati bgn2 yg rekabentuknya memang cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...