Thursday, November 4, 2010

Robonaut 2 ~ Robot Angkasawan Ke Angkasa Lepas

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan Robonaut 2 berjabat tangan dengan seorang angkasawan Amerika Syarikat Michael Barratt di Houston.

CAPE CANAVERAL, Florida - Satu robot angkasawan pertama, Robonaut 2 bernilai AS$2.5 juta (RM7.71 juta) yang lebih dikenali dengan nama R2 akan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dalam minggu ini.

Robot itu dihasilkan melibatkan kerjasama antara Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS dengan syarikat General Motors.

Ia berukuran satu 1.8 meter tinggi dan berat 149.68 kilogram.

Kerja-kerja yang akan dilakukan R2 ialah memegang pelbagai jenis peralatan untuk angkasawan di luar ISS selain mengendalikan kerja-kerja berbahaya seperti kebocoran toksik dan kebakaran.

Robot itu akan berlepas ke ISS dengan menaiki kapal angkasa Discovery di sini esok bersama enam angkasawan.

Otak robot itu terletak di perut manakala tubuhnya diperbuat daripada aluminium, nikel dan fiber karbon.

Empat kamera penglihatan dipasang pada robot itu dan kamera inframerah diletakkan di dalam mulutnya.

Menurut Pemangku Bahagian Simulasi, Robotik dan Automasi Pusat Angkasa Lepas Johnson, Rob Ambrose, robot itu akan berada di ISS sehingga Disember depan. - AP

Jom saksikan apa yang boleh dilakukan oleh robonaut 2


p/s
~ robonaut 2 tak ada kaki ?
~ manusia adalah makhluk ciptaan ALLAH yang paling indah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...