Tuesday, November 9, 2010

Pasanglah Lampu

Jumaat lepas balik kpg, ti sempena cuti perayaan (Deepavali) dapatlah tidur 2 mlm di sana.  Balik semula ke pj hari Ahad, sampai dlm pukul 1 pm.  Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit.

Cuti musim perayaan khuatir juga nak balik waktu  ptg takut terkandas dlm kesesakan lalu lintas.  Jadinya baliklah pepagi tapi taklah pagi benor dlm pukul 10.30 am kami bertolak.  Tu pun kira lewat sebab biasanya dalam kul 9 am dah gerak.  Ramai yang memesan jadinya banyak tempat kena singgah untuk shopping saat akhir bagi memenuhi pesanan.

Waktu bertolak tu hujan renyai2.  Tapi bila masukke  lebuhraya di Tg Malim hujan lebatlah pulak. Sungguh pun hujan, perjalanan lancar, Alhamdulillah.  Lancar tu maksudnya tiada traffic jam, tiada kemalangan cuma hujan jer, hujan rahmat.

Hujan lebat penglihatan pun terhad, jadinya kenalah pasang lampu.  Tapi ada tempat2nya hujan terlalu lebat dan kena pasang hazard lamp sbg langkah berjaga2.  Kita mungkin nampak kereta dihadapan tapi ada pemandu yg tak nampak kereta kita.  Apa lagi kalau kereta berwarna gelap lagilah tak nampak


Tapi yang peliknya dah tahu hujan lebat, ada jugaklah yg kedekut/tak perasan hujan hari dah gelap/buat-buat lupa/ baru dapat lesen memandu/pertama kali memandu waktu hujan blablabla ............. tak pasang lampu kereta.  Agaknya pemandu kereta yang tak pasang lampukereta ni matanya macam mata haiwan yg nampak dgn terang di dlm gelap.  Bila berada di dalam situasi begini, kena berhati2 bila memandu khuatir jika berlaku kemalangan.

Tetapi jika diperhatikan, pemandu di sekitar jalanraya/lebuhraya kawasan Lembah Kelang lebih bertanggungjawab, hujan renyai pun pasang lampu.


Jadilah pemandu kenderaan yang bertanggungjawab dan bertimbangrasa, pasanglah lampu kenderaan anda bila keadaan memerlukan.

1 comment:

  1. salam...diaorang saya bateri kot hehe..tapi biasalah sikap pemandu mcm2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...