Tuesday, November 30, 2010

Menara Condong

Assalamualaikum wbt

Kembali bersiaran.  Tampalan  ini dikarang menggunakan windows live writer dan di siarkan dengan ikhsan wifi jam tinggi aka menara condong.wifi CafeScreen_Free_Wifi Goodearth Hotel

Menara condong, adalah mercu tanda bagi Teluk Intan.  Menara ini terletak di tengah2 bandar dan menjadi tarikan kepada pelancung.  kerana binaanya yang condong mirip Pisa Tower.  Menara ini juga dikenali di kalangan penduduk Teluk Intan sebagai  jam tinggi kerana di bahagian atas menara terdapat jam yang masih berfungsi dan akan berbunyi dingdong setiap setengah jam.  Di sekitar menara condong ini selalulah diadakan sambutan utk perayaan tertentu seperti sambutan kemerdekaan/bolasepak Piala Dunia.  Lokasi di sekeliling menara condong ini juga dijadikan tapak jualan bazar sempena berbagai perayaan seperti hari raya.  Berhampiran menara condong ini juga terdapat tapak pasar malam (hari Sabtu malam Ahad) dan pasar pagi (hari Ahad).  Kawasan ini agak sesak khasnya menjelang waktu petang.

jamtinggi

mc

  Jom tengok pembangunan di sekitar menara condong

kmc Kompleks Menara Condong ~ terdapat kedai yang menjual berbagai jenis barangan/perkhidmatan termasuk pakaian dan tudung

dmara 

Bangunan d’MARA yang menempatkan peniaga bumiputera

bb

Ini  pula Medan Selera Menara Condong,  gerai makanan yang diusahakan  peniaga bumiputera.  Tapi  di kalangan kwn2 ana kami panggil  gerai makan bumbung biru sebab warna bumbungnya yang berwarna biru

 p/s ~ memang sungguh mudah menggunakan WLW seperti menggunakan Microsoft Words

2 comments:

  1. wah...dh bnyk pembangunan...kali terakhir sy pergi ke sini...10 tahun yg lepas...hehehe...lama kan..? ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CUTI SEKOLAH DULU DAN SEKARANG

    ReplyDelete
  2. @nabilah_2908 oh nabilah pernah ke TI. klu dtg lagi bagi tau yer mana tau klu ada rezki kita boleh jumpa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...