Saturday, November 13, 2010

Kayanya KWSP : Beli bangunan RM750 juta di London

Sumber : Berita Harian Online
BANGUNAN pejabat di London yang kini dibeli KWSP
Pelaburan di luar negara strategi pelbagaikan portfolio

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pembelian sulung hartanah luar negara apabila memuktamadkan pembelian bangunan pejabat di kawasan premium London, bernilai lebih 150 juta pound (RM750 juta).

Sumber berkata, urus niaga yang dibuat pada bulan lalu itu membabitkan pembelian bangunan 1 Sheldon Square di Paddington, Westminster, kawasan tengah London.

Katanya, meskipun bangunan pejabat itu bukan berstatus hak milik kekal, KWSP, bagaimanapun berjaya memperoleh tempoh pajakan paling lama, justeru mampu meraih pulangan lumayan.
Pelaburan di luar negara itu antara strategi utama KWSP dalam mempelbagaikan portfolio pelaburannya bagi mengoptimumkan pulangan dan menambah baik profil risiko pelaburannya.

London dipilih KWSP sebagai destinasi pelaburan pertama disebabkan pasaran hartanahnya yang stabil selain asetnya yang mudah dijual bagi mendapatkan tunai, katanya pada Berita Harian ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber menjelaskan, pembelian menerusi tender terbuka itu dilaksanakan menerusi ING Real Estate Investment and Management dan RREEF, bahagian pengurusan hartanah Deutsche Bank yang dilantik sebagai perunding dan penasihat bagi urus niaga berkenaan.

1 Sheldon Square, sebelum ini dimiliki oleh Aviva Investors, Invista Real Estate Investment Management, Henderseon Global Investors dan Liquid Realty Partners. 

Bangunan berkeluasan 193,000 kaki persegi itu, kini menempatkan ibu pejabat firma gergasi kredit kad, Visa dan ia dijangka akan memberikan pulangan kepada KWSP sehingga enam peratus.

Katanya, agensi pengurusan dana pencen terbesar Malaysia itu juga kini sedang menimbang untuk melaksanakan satu lagi urus niaga hartanah membabitkan pembelian bangunan pejabat di Portman, utara Oxford Street.

Pembelian yang dijangka membabitkan nilai 181 juta pound (RM905 juta) itu akan menyaksikan KWSP bakal memiliki bangunan yang dikenali sebagai 40 Portman Square yang berstatus pegangan bebas.

Setakat ini Kementerian Kewangan memberi kelulusan kepada pengurus dana pencen itu untuk melabur kira-kira AS$10 bilion (RM32.25 bilion) di luar negara, iaitu daripada jumlah itu kira-kira AS$6 bilion (RM19.35 bilion) sudah dilaburkan.

p/s
 ~ hebat betul KWSP hingga mampu melabur di luar negara, pulangan pelaburan pastinya lumayan. berapa agaknya kadar dividen  yg akan dibayar kepada  pencarum KWSP? 15% - 20% ????

1 comment:

  1. banyknya duit...dari mana datangnya duit2 tu..? huhuhu....

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    REUNION

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...