Sunday, November 28, 2010

I’m a Crafter ? Part 1

Bunga Roti

Pernah tak dengar bunga dibuat daripada roti? Roti yang digunakan adalah roti sandwich  Kraftangan ini agak popular di akhir tahun 80an.  Waktu tu, harga roti adalah tidak semahal harga roti pd masa kini.

Ana  pernah cuba buat bunga roti ini dan dapat menghasilkan sejambak bunga ros.  Tapi bunga roti ini tidak tahan lama berbanding bunga tiruan yang ada di pasaran.  Bunga roti ini adalah kraftangan yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun.

broti Ini adalah buku yang ana gunakan sebagai rujukan.  Buku oleh Puan Aishah Kamarudin

broti3

Ini adalah di antara peralatan yang diperlukan untuk bunga roti : gam, roti, pewarna, dawai serta acuan daun

broti4

Ini pula adalah di antara alternatif yang dicadangkan utk peralatan (acuan daun boleh digantikan dgn daun hidup) yang digunakan serta panduan yang perlu dipraktikkan dalam penyediaan bunga roti (adunan roti dibalut dgn plastik utk mengelakkannya menjadi keras)

broti5

Ini adalah cara mengadun bahan untuk dijadikan doh

broti2

Ini pula adalah cara membentuk kelopak bunga 3 bulan (hydrangeas)

Terdapat   pelbagai jenis bunga boleh dibentuk dengan menggunakan doh roti ini, di antaranya bunga ros, bunga sakura, bunga asam batu (begonia), bunga lilac, daisy, bunga dan buah strawberi.

p/s ~ Walau bagaimanapun, menggunakan roti untuk dijadikan bunga pada masa sekarang adalah tidak praktikal, lebih baiklah roti tersebut dimakan, kenyang juga perut.  Namun begitu kesempatan yang ana perolehi untuk mempelajari kaedah pembuatan bunga roti ini adalah amat berharga kerana ianya unik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...