Wednesday, November 17, 2010

~Facebook VS email~

Pengasas Facebook dakwa e-mel sudah mati

KETUA Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menjelaskan mengenai perkhidmatan mesej terbaru di laman sosial itu di San Francisco kelmarin.
SAN FRANCISCO - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg mendakwa, teknologi e-mel bakal pupus seperti surat menyurat kerana ia terlalu perlahan dan tidak formal, lapor sebuah akhbar semalam

Eksekutif berusia 26 tahun itu membuat dakwaan tersebut kelmarin ketika melancarkan perkhidmatan mesej terbaru dan percuma bagi para pengguna Facebook di sini, Amerika Syarikat (AS).

"Ia (perkhidmatan mesej Facebook) bukan e-mel. Ia mengendalikan e-mel dan kaedah komunikasi lain termasuk laman sembang," katanya.

Menurutnya, perkhidmatan terbaru Facebook itu menggabungkan semua bentuk komunikasi web dan teks di Internet serta berfungsi serta-merta.

"Kami mahu orang ramai boleh berkomunikasi dalam apa cara yang mereka mahu sama ada e-mel, teks atau mesej Facebook," tambahnya.

Perkhidmatan itu dijangka membuka persaingan lebih sengit antara Facebook dan Gmail milik Google untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan.

Setakat ini, Facebook kekal unggul dengan 500 juta pelanggan diikuti Hotmail dan Yahoo masing-masing dengan 362 juta pengguna dan 273 juta pengguna manakala Gmail ketinggalan dengan 193 juta pengguna.

Sumber : Kosmo Online

p/s
~ di  tpt kerja ana, fb telah disekat dgn alasan fb menyebabkan internet slow (dah sekat pun masih slow juge).  ~ sekiranya benar dakwaan si mark ni, semua maklumat boleh disampaikan serta merta dan mungkin juga boss boleh menggunakan fb utk memantau anak buah 

3 comments:

  1. Huittt...mcmana pun still rs email tu berguna gak...teknologi ni makin lama makin maju...kitat gklah nnti apa plak yg wujud pas ni..

    ReplyDelete
  2. ana knp eh kat shoutbox tu takleh nk tggl msg...dia tulis 'read-only mode' huhuhuh

    ReplyDelete
  3. FB telah meluaskan empayarnya...kebanykkan application...mudah nak join dgn hanya menggunakan akaun FB..

    apa yg dikatakan oleh Mark akan menjadi kenyataan satu hari nnti... ;)


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AIDILADHA 1431H - PART 1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...