Thursday, November 18, 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA?

Pagi tadi sebelum suboh, on9 (ni waktu terbaek utk on9 ~ sbb tak payah berebut dgn Abg Hafiz, dia sedang tidur lena). Blog pertama yg ana terjah mestilah blog ini blogger yg famous amos amat di tanahairku, En. Ben Ashaari.

En Ben telah menganjurkan untuk kali kedua CERITA KREATIF dengan tema BLOGGER KERING IDEA ? Cerita mesti ada pengajaran dan juga kelucuan. 

KERING IDEA ! ~ ana seringkali kering idea bila tiba nak update blog dan amat kagum pada blogger yg sentiasa melimpah ruah idea mereka dlm penulisan blog.  Nak cuba jugalah mengarang cerita yang kreatif

************************
Ceritanya begini,

Pada satu hari, ana berjalan2 di sebuah bandar yang diberi nama Baby Land.
Sedang ana berjalan2, rasa seperti ada sepasang mata yang sedang memerhati
Ana toleh kanan, toleh kiri dan ternampaklah si comel yang montok, berpipi labuh dan bermata sepet ni sedang memerhatikan ana
Ana pun senyumlah, tapi hampa senyum ku tak dibalas
Malu agaknya, maklumlah belum kenal lagi


Ana teruskan perjalanan sehingga sampai ke satu padang permainan,
ternampak baby sedang duduk bersantai dan sedang mencuba sedaya upaya untuk makan sepotong buah tembikar
Besarnya buah tembikai tu, boleh ke habis ........... kenapa tak kongsi dgn baby lain ?



Tak jauh dari dari situ, ana ternampaklah pulak baby yang ini, gembira bukan main
Lagaknya seperti penyanyi rock, sambil menyanyi bermain gitar 
Apa yang dinyanyikan, hanya dia sahaja yang faham, bahasa baby


Sedang asyik berjalan2, ana terpandang pula baby ni, MASYAALLAH apalah gerangan sedang dibuatnya?
Apapun ini adalah kaedah terbaek untuk mengawal pergerakan baby yang aktif
Ok sayang duduk diam2, mama nak masak


Dah penat berjalan, ana masuklah ke dalam pasaraya yang menjual barangan baby
Ternampak ibu dan ayah ni masing2 mengendong baby
Si ayah dan si ibu sibuk memilih barang, si anak pula sibuk cuit mencuit
Hehehe .......... baby kalau nak berkawan tak memilih warna kulit
Mula2 jer malu2 lepas tu ...............


Apasal buat muka cam tu ...... boring ye?  
Mama, ayah, adik, abang, kakak semuanya tak ada, tinggal baby sorang dgn pengasuh yang sibuk dgn kerja rumah


Anak2 adalah amanah ALLAH.  Berilah mereka kasih sayang yang sewajarnya, didiklah dengan ilmu yang memberi manfaat yang boleh dijadikan panduan dan sempadan
Janganlah dera mereka sesungguhnya anak itu ibarat kain putih .......
Biarkanlah mereka tersenyum riang kerana mendapat kasih sayang yang sewajarnya

Alahai sayang anak mama, cayang bucuk  ....... balik nanti kita main sama2 yer

**********************************
Gitulah ceritanya.  Ok En Ben sila nilai boleh masuk senarai?

p/s ~ bagus juga idea En Ben ni, inilah n3 ana utk hari ini

5 comments:

  1. gudluck

    http://qilarazak.blogspot.com/2010/11/cerita-kreatif-ben-ashaari-blogger.html

    ReplyDelete
  2. btol2..anak amanah Allah..
    all the best..

    ReplyDelete
  3. ade moral lagi..all da best..gudluck

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...