Tuesday, November 30, 2010

Yang Aneh Tentang Usia Nabi

1.  Nabi Adam          ~ Hidup paling lama iaitu 1000 tahun.
                                    Dikebumikan di India dan ada riwayat mengatakan dikembumikan di Baitul Maqdis

2.  Nabi Idris            ~ Hidup 865 tahun

3.  Nabi Nuh            ~ Hidup selama 950 tahun.  Umur ini sebenarnya telah dipotong sebnayk 50 tahun
                                    daripada umur asal Nabi Nuh

4.  Nabi Hud             ~  464 tahun.  Dikebumikan di timur Hadramaut, Yaman

5.  Nabi Ibrahim        ~  200 tahun.  Dikebumikan di Palestin

6.  Nabi Ismail           ~ 137 tahun.  Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim

7.  Nabi Ishak           ~ 180 tahun.  Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim

8.  Nabi Yusuf          ~ 110 tahun.  Wafat di Mesir tetapi dikebumikan di Palestin atas permintaannya

9.  Nabi Sulaiman     ~  52 tahun.  Mewarisi kerajaan daripada ayahnya semasa berusia 12 tahun dan
                                    kerajaan baginda kekal selama 40 tahun

10. Nabi Zakaria       ~ 150 tahun.  Baginda mendapat zuriat walau uban sudah memenuhi kepala dan isteri
                                     baginda mandul

11. Nabi Yahya         ~ Diriwayatkan lahir pada tahun yang sama dengan Isa

12. Nabi Isa              ~ Paling singkat usianya di bumi ini.  Hidup selama 33 tahun sebelum diangkat ke langit.
                                     Ibunya Maryam wafat semasa berusia 53 tahun

13  Nabi Muhammad ~ 63 tahun

Sumber : Solusi, Isu 24

Menara Condong

Assalamualaikum wbt

Kembali bersiaran.  Tampalan  ini dikarang menggunakan windows live writer dan di siarkan dengan ikhsan wifi jam tinggi aka menara condong.wifi CafeScreen_Free_Wifi Goodearth Hotel

Menara condong, adalah mercu tanda bagi Teluk Intan.  Menara ini terletak di tengah2 bandar dan menjadi tarikan kepada pelancung.  kerana binaanya yang condong mirip Pisa Tower.  Menara ini juga dikenali di kalangan penduduk Teluk Intan sebagai  jam tinggi kerana di bahagian atas menara terdapat jam yang masih berfungsi dan akan berbunyi dingdong setiap setengah jam.  Di sekitar menara condong ini selalulah diadakan sambutan utk perayaan tertentu seperti sambutan kemerdekaan/bolasepak Piala Dunia.  Lokasi di sekeliling menara condong ini juga dijadikan tapak jualan bazar sempena berbagai perayaan seperti hari raya.  Berhampiran menara condong ini juga terdapat tapak pasar malam (hari Sabtu malam Ahad) dan pasar pagi (hari Ahad).  Kawasan ini agak sesak khasnya menjelang waktu petang.

jamtinggi

mc

  Jom tengok pembangunan di sekitar menara condong

kmc Kompleks Menara Condong ~ terdapat kedai yang menjual berbagai jenis barangan/perkhidmatan termasuk pakaian dan tudung

dmara 

Bangunan d’MARA yang menempatkan peniaga bumiputera

bb

Ini  pula Medan Selera Menara Condong,  gerai makanan yang diusahakan  peniaga bumiputera.  Tapi  di kalangan kwn2 ana kami panggil  gerai makan bumbung biru sebab warna bumbungnya yang berwarna biru

 p/s ~ memang sungguh mudah menggunakan WLW seperti menggunakan Microsoft Words

Monday, November 29, 2010

Petua Kecantikan Islam



1.  Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk.  Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri.  Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa

2.  Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan.  Perbanyakkan solat.  Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.  Lalu berkonsultasilah dengan Allah SWT dengan zikir dan doa

3.  Untuk pelembap, agar awet muda, gunakanlah senyuman.  Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.  Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqi" (Ya Allah sebagiamana engkau memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku)

4.  Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong atau takbur

5.  Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.  Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. selang satu hari.  Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan dan air putih

6.  Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.  Dengan demikian kita banyak dikenal dan disayangi.

Sunday, November 28, 2010

4 Ibu Utama

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud :

Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu :


1.  Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN


2.  Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP


3.  Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA


4.  Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

I’m a Crafter ? Part 1

Bunga Roti

Pernah tak dengar bunga dibuat daripada roti? Roti yang digunakan adalah roti sandwich  Kraftangan ini agak popular di akhir tahun 80an.  Waktu tu, harga roti adalah tidak semahal harga roti pd masa kini.

Ana  pernah cuba buat bunga roti ini dan dapat menghasilkan sejambak bunga ros.  Tapi bunga roti ini tidak tahan lama berbanding bunga tiruan yang ada di pasaran.  Bunga roti ini adalah kraftangan yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun.

broti Ini adalah buku yang ana gunakan sebagai rujukan.  Buku oleh Puan Aishah Kamarudin

broti3

Ini adalah di antara peralatan yang diperlukan untuk bunga roti : gam, roti, pewarna, dawai serta acuan daun

broti4

Ini pula adalah di antara alternatif yang dicadangkan utk peralatan (acuan daun boleh digantikan dgn daun hidup) yang digunakan serta panduan yang perlu dipraktikkan dalam penyediaan bunga roti (adunan roti dibalut dgn plastik utk mengelakkannya menjadi keras)

broti5

Ini adalah cara mengadun bahan untuk dijadikan doh

broti2

Ini pula adalah cara membentuk kelopak bunga 3 bulan (hydrangeas)

Terdapat   pelbagai jenis bunga boleh dibentuk dengan menggunakan doh roti ini, di antaranya bunga ros, bunga sakura, bunga asam batu (begonia), bunga lilac, daisy, bunga dan buah strawberi.

p/s ~ Walau bagaimanapun, menggunakan roti untuk dijadikan bunga pada masa sekarang adalah tidak praktikal, lebih baiklah roti tersebut dimakan, kenyang juga perut.  Namun begitu kesempatan yang ana perolehi untuk mempelajari kaedah pembuatan bunga roti ini adalah amat berharga kerana ianya unik.

Saturday, November 27, 2010

7 Kalimat Untuk Diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat berikut, ia dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas lautan


1.  Menyebut Bismillah pada tiap-tiap melakukan sesuatu


2.  Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3.  Menyebut Astagfirullah jika lidah tersebut perkataan yang tidak patut


4.  Menyebut Insya Allah jika merencanakan sesuatu di hari esok



5.  Menyebut La hawla wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini


6.  Menyebut Inna lillahi wa inna ilaihi rajioon jika menghadapi dan menerima musibah


7.  Menyebut La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Memori : Mesir

Jalan2 2008 ke Mesir ~ Kereta antik di sebuah lorong di Kaherah, Mesir

Di Malaysia, kereta antik ni diletak di dalam muzium sbg tontonan atau dijadikan koleksi oleh si kaya tetapi di Mesir ianya masih digunakan lagi.

antik

antik2

antik1

Juga kelihatan di Mesir, kereta model lama yg digunakan di Malaysia pd tahun 1980an menguasai jln rayanya berbanding kereta model baru yg jarang kelihatan

antik3

antik5

Jalan raya di Kaherah  juga sesak spt KL tapi yg peliknya, pemandu di Kaherah amat gemar membunyikan hon walau pun sedia maklum kereta tidak dapat bergerak kerana kesesakan. 

Di waktu bekerja/siang/sesak, lampu isyarat tidak hidupkan tetapi polis digunakan untuk mengawal lalu lintas

Tuesday, November 23, 2010

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.


Info ini dipetik daripada blog capt untuk dikongsi bersama.


Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Wasallam.

Monday, November 22, 2010

Lutut dan Siku

Lutut dan siku mesti uols kenalkan yg mana satu lutut ..... yg mana satu siku.  Soalan ini bunyinya mcm bodoh.  Tapi terkenang suatu waktu di sekolah dulu, seorang guru bukan Melayu bertanya sambil menunjukkan pada sikunya ....... ini lutut atau siku?



Sakit Tumit Ku




Kredit : http://www.comfortor.de

Sakit tumit kanan ku dari pagi tadi hingga sekarang masih tak baik.  Kalau berdiri lama lagilah bertambah sakit. Nak katakan berat badan berlebihan tak mungkin, berat badan adalah ideal (hahaha pengakuan jujur), pakai kasut bertumit tinggi?  tak juga, adakah ini tanda2 penuaan?

Monday Blues?

Assalamua'laikum wbt

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, ana dapat menghirup udara segar percuma tanpa bayaran.



Sebut jer hari Isnin bagi yang bekerja, mesti ingat Monday blues.  Kenapa monday blues?  Sebab sebelum Isnin kan hari Ahad hari cuti dari kerja2 di pejabat tetapi hari yg sibuk di rumah.  Hari Ahad juga hari bersama keluarga.  Jadi setelah 2 hari berjimba2 di rumah, hari Isnin malaslah nak pergi kerja.  Tapi bagi yg menjadi suri rumah sepenuh masa mesti tak ada monday blues betul ker?

 p/s ~ i'm in the mood of holidaysssssss

Sunday, November 21, 2010

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah ..


SELAMAT HARI JADI.  Ana doakan En. Ben, sentiasa dilindungi ALLAH, dimurahkan rezeki yang halal serta sentiasa berbahagia dunia dan akhirat

Ana nak bagi hadiah  sebiji kek dalam gambar bawah ni

Kek ni kek oren yang akan ana adun, bakar  dan hiaskan macam dalam gambar.  Kek ni ana pernah buat, rasanya memang sedap sebab lembut,  tidak manis dan orennya mmg terasa.   Resepinya di sini.  Harap En Ben suka yer.

Akhirnya Berjaya Juga!

Window Live Writer ataupun kependekannya WLW banyak diperkatakan di blog otai yang ana singgah, antaranya, blog cikgudahlia dan yang terkini adalah blog ini.  Khabarnya dengan WLW, entri boleh dipost dengan cepat sebab draft boleh dibuat tanpa perlu on9.  Hanya bila nak publish draft tu jer yg perlu on9.  Berbeza dengan blogger in draft yg perlu sentiasa on9 utk buat draft dan  publish.

Teruja sekali ana mendengarnya, dan akhirnya berjaya juga ana download WLW dengan panduan yang diberi oleh kedua2 blogger tu. 

Oleh itu dengan rasminya, ini adalah entri pertama ana deraf dengan menggunakan WLW.

Saturday, November 20, 2010

Yang Ku Idamkan ...........

Bersiaran kembali.  Idea nak update blog tiba2 menjelma.  

Entri yang ku idamkan ini adalah lanjutan daripada entri ini. Gara2 keinginan untuk meroti  menjelma kembali,   yang ku idamkan ketika dan saat ini ........
*
*
*
*
*
*
*
*


Kenwood Bread Machine 

Friday, November 19, 2010

FAKTA BENAR - Bahaya Roti!!

Salam pagi Jumaat, hari yang menjadi penghulu segala hari dalam Islam.  Alhamdullillah, syukur dapat jua ana terus berkongsi info di sini.  

Info berkenaan roti ini hasil dari bw blog capt.
  


Jika anda baca laporan dari CAP Pulau Pinang, rasa takut nak makan roti keluaran syarikat-syarikat yang diberitahu selepas ujikaji keatas bahan pengawet yang tidak mengikut sukatan yang dibenarkan. Tetapi kebanyakan kita sudah bertahun-tahun makan keluaran ni! Belum ada apa-apa kesan setakat ini. Terima kasihlah kita ucapkan pada CAP kerana bagitahu bahayanya roti. Kita tak ada pilihan lain kerana inilah roti yang hanya terdapat dipasaran berdekatan rumah kita. Anak-anak suka, terpaksalah beli juga. Nak buat macamana! Nak suruh isteri buat roti sendiri, alamat kebuluranlah sebab-sebab bila isteri buat roti.... jadi lempeng pulak. Jangan marah ayang! Yang penting kenyang dan baca doa makan. InsyaAllah dipeliharaNya.
                                          
Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS                                        
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)                      
     
Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera) didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan Gardenia.                           

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang.

Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.
     
High 5
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005).

High5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal 
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya 
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang , dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.
  
Giant Roti Sandwich ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread. Mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera 
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan Mc Donalds.

Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi.

Mc Donalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan 
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. *Ismalia Bakery Coconut Bun* mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari *Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. 

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju.

Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. 
Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak*. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan 
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita. Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.


APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN? 
• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.

Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."

(Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking TruthAbout Bread," 29 Ogos 2006).

p/s
~ Abg Hafiz amat menggemari roti bahkan kalau tak makan nasi berhari2 pun tak mengapa asalkan dapat makan roti.
~ Dari pengalaman ana, roti boleh disediakan di rumah tanpa perlu menggunakan pengawet dan bahan pelembut.  Sekiranya menggunakan resepi yg betul, hasil roti yang dibuat boleh menjadi selembut dan segebu roti yang ada di pasaran.  
~ Ana kenalah kembali mengguli roti utk Abg Hafiz
                                      

Thursday, November 18, 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA?

Pagi tadi sebelum suboh, on9 (ni waktu terbaek utk on9 ~ sbb tak payah berebut dgn Abg Hafiz, dia sedang tidur lena). Blog pertama yg ana terjah mestilah blog ini blogger yg famous amos amat di tanahairku, En. Ben Ashaari.

En Ben telah menganjurkan untuk kali kedua CERITA KREATIF dengan tema BLOGGER KERING IDEA ? Cerita mesti ada pengajaran dan juga kelucuan. 

KERING IDEA ! ~ ana seringkali kering idea bila tiba nak update blog dan amat kagum pada blogger yg sentiasa melimpah ruah idea mereka dlm penulisan blog.  Nak cuba jugalah mengarang cerita yang kreatif

************************
Ceritanya begini,

Pada satu hari, ana berjalan2 di sebuah bandar yang diberi nama Baby Land.
Sedang ana berjalan2, rasa seperti ada sepasang mata yang sedang memerhati
Ana toleh kanan, toleh kiri dan ternampaklah si comel yang montok, berpipi labuh dan bermata sepet ni sedang memerhatikan ana
Ana pun senyumlah, tapi hampa senyum ku tak dibalas
Malu agaknya, maklumlah belum kenal lagi


Ana teruskan perjalanan sehingga sampai ke satu padang permainan,
ternampak baby sedang duduk bersantai dan sedang mencuba sedaya upaya untuk makan sepotong buah tembikar
Besarnya buah tembikai tu, boleh ke habis ........... kenapa tak kongsi dgn baby lain ?



Tak jauh dari dari situ, ana ternampaklah pulak baby yang ini, gembira bukan main
Lagaknya seperti penyanyi rock, sambil menyanyi bermain gitar 
Apa yang dinyanyikan, hanya dia sahaja yang faham, bahasa baby


Sedang asyik berjalan2, ana terpandang pula baby ni, MASYAALLAH apalah gerangan sedang dibuatnya?
Apapun ini adalah kaedah terbaek untuk mengawal pergerakan baby yang aktif
Ok sayang duduk diam2, mama nak masak


Dah penat berjalan, ana masuklah ke dalam pasaraya yang menjual barangan baby
Ternampak ibu dan ayah ni masing2 mengendong baby
Si ayah dan si ibu sibuk memilih barang, si anak pula sibuk cuit mencuit
Hehehe .......... baby kalau nak berkawan tak memilih warna kulit
Mula2 jer malu2 lepas tu ...............


Apasal buat muka cam tu ...... boring ye?  
Mama, ayah, adik, abang, kakak semuanya tak ada, tinggal baby sorang dgn pengasuh yang sibuk dgn kerja rumah


Anak2 adalah amanah ALLAH.  Berilah mereka kasih sayang yang sewajarnya, didiklah dengan ilmu yang memberi manfaat yang boleh dijadikan panduan dan sempadan
Janganlah dera mereka sesungguhnya anak itu ibarat kain putih .......
Biarkanlah mereka tersenyum riang kerana mendapat kasih sayang yang sewajarnya

Alahai sayang anak mama, cayang bucuk  ....... balik nanti kita main sama2 yer

**********************************
Gitulah ceritanya.  Ok En Ben sila nilai boleh masuk senarai?

p/s ~ bagus juga idea En Ben ni, inilah n3 ana utk hari ini

Wednesday, November 17, 2010

~Facebook VS email~

Pengasas Facebook dakwa e-mel sudah mati

KETUA Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menjelaskan mengenai perkhidmatan mesej terbaru di laman sosial itu di San Francisco kelmarin.
SAN FRANCISCO - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg mendakwa, teknologi e-mel bakal pupus seperti surat menyurat kerana ia terlalu perlahan dan tidak formal, lapor sebuah akhbar semalam

Eksekutif berusia 26 tahun itu membuat dakwaan tersebut kelmarin ketika melancarkan perkhidmatan mesej terbaru dan percuma bagi para pengguna Facebook di sini, Amerika Syarikat (AS).

"Ia (perkhidmatan mesej Facebook) bukan e-mel. Ia mengendalikan e-mel dan kaedah komunikasi lain termasuk laman sembang," katanya.

Menurutnya, perkhidmatan terbaru Facebook itu menggabungkan semua bentuk komunikasi web dan teks di Internet serta berfungsi serta-merta.

"Kami mahu orang ramai boleh berkomunikasi dalam apa cara yang mereka mahu sama ada e-mel, teks atau mesej Facebook," tambahnya.

Perkhidmatan itu dijangka membuka persaingan lebih sengit antara Facebook dan Gmail milik Google untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan.

Setakat ini, Facebook kekal unggul dengan 500 juta pelanggan diikuti Hotmail dan Yahoo masing-masing dengan 362 juta pengguna dan 273 juta pengguna manakala Gmail ketinggalan dengan 193 juta pengguna.

Sumber : Kosmo Online

p/s
~ di  tpt kerja ana, fb telah disekat dgn alasan fb menyebabkan internet slow (dah sekat pun masih slow juge).  ~ sekiranya benar dakwaan si mark ni, semua maklumat boleh disampaikan serta merta dan mungkin juga boss boleh menggunakan fb utk memantau anak buah 

~Aidil Adha 1431H~

Alhamdulillah dgn izinNYA catatan ini dapat dihasilkan

Hari ini 11 Zulhijjah 1431H bersamaan 17 November 2010, umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidil Adha.  Salam Aidil Adha untuk semua.umat Islam.


Tuesday, November 16, 2010

Blue Skies n Everything Nice

Tiba2 jeer terkenang zaman sekolah dulu bila tiba akhir tahun ada acara menandatangani autograph di kalangan kawan2 di sekolah dan ungkapan yang paling disukai adalah Blue skies and everything nice.  




Warna biru kan warna lembut warna yang digemari ramai, so bila tulis blue skies tu maknanya mendoakan yang baik2 jer utk kwn2


Itu  semua kini jadi kenangan, dimana agaknya kwn2 ku sekelian, antaranya
zuraidah abd ghani 
marina kamaruddin
norlela kamaruddin
zarina che ree
ngu  swee kee
norasmah (kpg. selabak)
lee tong fan
patricia lee

Saturday, November 13, 2010

Kayanya KWSP : Beli bangunan RM750 juta di London

Sumber : Berita Harian Online
BANGUNAN pejabat di London yang kini dibeli KWSP
Pelaburan di luar negara strategi pelbagaikan portfolio

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pembelian sulung hartanah luar negara apabila memuktamadkan pembelian bangunan pejabat di kawasan premium London, bernilai lebih 150 juta pound (RM750 juta).

Sumber berkata, urus niaga yang dibuat pada bulan lalu itu membabitkan pembelian bangunan 1 Sheldon Square di Paddington, Westminster, kawasan tengah London.

Katanya, meskipun bangunan pejabat itu bukan berstatus hak milik kekal, KWSP, bagaimanapun berjaya memperoleh tempoh pajakan paling lama, justeru mampu meraih pulangan lumayan.
Pelaburan di luar negara itu antara strategi utama KWSP dalam mempelbagaikan portfolio pelaburannya bagi mengoptimumkan pulangan dan menambah baik profil risiko pelaburannya.

London dipilih KWSP sebagai destinasi pelaburan pertama disebabkan pasaran hartanahnya yang stabil selain asetnya yang mudah dijual bagi mendapatkan tunai, katanya pada Berita Harian ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber menjelaskan, pembelian menerusi tender terbuka itu dilaksanakan menerusi ING Real Estate Investment and Management dan RREEF, bahagian pengurusan hartanah Deutsche Bank yang dilantik sebagai perunding dan penasihat bagi urus niaga berkenaan.

1 Sheldon Square, sebelum ini dimiliki oleh Aviva Investors, Invista Real Estate Investment Management, Henderseon Global Investors dan Liquid Realty Partners. 

Bangunan berkeluasan 193,000 kaki persegi itu, kini menempatkan ibu pejabat firma gergasi kredit kad, Visa dan ia dijangka akan memberikan pulangan kepada KWSP sehingga enam peratus.

Katanya, agensi pengurusan dana pencen terbesar Malaysia itu juga kini sedang menimbang untuk melaksanakan satu lagi urus niaga hartanah membabitkan pembelian bangunan pejabat di Portman, utara Oxford Street.

Pembelian yang dijangka membabitkan nilai 181 juta pound (RM905 juta) itu akan menyaksikan KWSP bakal memiliki bangunan yang dikenali sebagai 40 Portman Square yang berstatus pegangan bebas.

Setakat ini Kementerian Kewangan memberi kelulusan kepada pengurus dana pencen itu untuk melabur kira-kira AS$10 bilion (RM32.25 bilion) di luar negara, iaitu daripada jumlah itu kira-kira AS$6 bilion (RM19.35 bilion) sudah dilaburkan.

p/s
 ~ hebat betul KWSP hingga mampu melabur di luar negara, pulangan pelaburan pastinya lumayan. berapa agaknya kadar dividen  yg akan dibayar kepada  pencarum KWSP? 15% - 20% ????

Friday, November 12, 2010

WASPADA SINDIKET CULIK PALSU, KATA POLIS

WAJIB BACA
Berita Komso Online hari ini mengenai sindiket culik palsu mengingatkan ana kepada email yg pernah diterima tak lama dulu mengenai modus operandi culik palsu.  
KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan sindiket penculikan palsu yang semakin aktif di daerah Sentul baru-baru ini sehingga mengaut keuntungan lebih RM100,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, sejak bulan lepas, lima kes dilaporkan berlaku yang menyasarkan golongan suri rumah berusia 50-an dengan jumlah wang tertinggi diserahkan mencecah RM30,000 bagi satu kes.

"Modus operandi mereka adalah menelefon mangsa menggunakan nombor telefon pelik dan tidak dikenali mangsa, lalu mendakwa ahli keluarga mangsa kini diculik sindiket itu.

"Suspek akan mengugut mangsa supaya jangan meletakkan telefon sehingga arahan membawa sejumlah wang ke satu tempat dipatuhi atau ahli keluarga mereka akan dicederakan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 30 buah motosikal kepada anggota polis dari unit ”First Response Team” (FRM) di sini hari ini.

Zakaria berkata, mangsa kemudian akan pulang ke rumah dan mendapati anggota keluarga mereka selamat dan tidak diculik seperti yang didakwa suspek. - Bernama

BERIKUT ADALAH EMAIL YANG DITERIMA

Its all started when I received a call from someone claimed that he was Maxis asking me to shutdown phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question any shutdown my cell phone.
After 45 minutes I feel very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on back my cell phone back and I received several numbers of call; few numbers from my family members and the other numbers was from the number that call me before; 3954380.

I called my parents and I was shocked that they sounded very worry asking me whether I am safe. My parents told me that they received a call from someone claimed that they have me with them and asking for money to let me free.

The call was so real and my parents even heard my voice crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asking them to lodge a police report.

Right after that I received again call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which this time I refused to do so and hung up. They keep calling my cell phone until the battery run down. I myself lodge a police report and was informed by the officer that this kind of scam always reported. MOST of the cases reported that the victim already transferred the money! And it is impossible to get back the money. Bank can only returned back the money if the owners of the account agree to do so or there is a court order.

Guys, be careful that this kind of scam might happened to any of us!!!

Those guys are so professional and very convincing during calls. If you asked to shutdown your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your friend should receive the same call.

Any Customer Service should introduce their NAME AT THE BEGINNING of the call. Ignore them if you don't get a name at the beginning of the call. If you received instructions from unrecognized number/person that you are not sure, make your own judgment. The BEST is DO NOT RESPONSE.

If you cannot pickup your loved one's call, DO GIVE A CALLBACK immediately! Update your loved one with ALTERNATE CONTACT wherever you are.

If you think you are SMART that you cannot be cheated, You are wrong!

p/s ~ dunia hari ini kian menakutkan, macam-macam cara manusia ingin hidup mewah dengan jalan singkat

Thursday, November 11, 2010

Masa Semakin Suntuk

Ya masa semakin suntuk ......................
Esok present proposal
waaaaaaaaaaaaaaaaa  tension 
tapi blh plak update kat sini.  
sbb nak alirkan tension tu pd yg baca hikssssssssss

Tak tension sebenarnya
Sekadar melepaskan perasan perasaan
Acah Mat Gebu Labu (ungkapan yg disukai satu ketika dahulu)


Lagi Khabar Gembira Dari Abg Hafiz

Petang semalam sampai rumah lewat sikit (sikit jer lewatnya).  Sampai jer di muka pintu (belum masuk rumah), Abg Hafiz hulur sekeping surat yang telah dilipat2 mcm lepat.

Surat jemputan untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010, Sekolah Agama Putrajaya. Majlis akan diadakan 11.11.10 (petang ini) pukul 2 pm.  Macam tak dapat hadir jer, sebab hari tu (hari inilah) mama kerja ganti dgn grandma yer.  Tahun2 sebelum ni, majlis tu dibuat pada hari Sabtu utk memudahkan ibubapa untuk hadir.

Abg Hafiz akan menerima hadiah  tempat pertama tahun 4 dan juga 4 hadiah terbaik pelajaran Sirah, Al-Quran, Tajwid dan Akhlak dari 9 matapelajaran.

Tahniah sayang! Keeeeeeeeeeeep up the good work!

Ni hadiah yg menanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...