Wednesday, October 27, 2010

Untung Bank Rakyat RM1.28b

KUALA LUMPUR- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan pracukai dan zakat sebanyak RM1.28 bilion untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2010 meningkat 21.5 peratus atau RM227.4 juta daripada RM1.06 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Pencapaian ini berdasarkan kepada peningkatan dalam pendapatan kasar kepada RM3.44 bilion berbanding RM2.89 bilion sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, untung yang tinggi itu disumbangkan oleh kenaikan dalam pendapatan pembiayaan seiring dengan pertumbuhan kukuh dalam keseimbangan pembiayaan dalam semua segmen perniagaan bank.

"Pada tempoh yang sama, keuntungan bersih bank juga mengembang sebanyak RM257.6 juta kepada RM1 bilion daripada RM743.4 juta sebelumnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

p/s
~Bank Rakyat yg satu ketika dahulu kontroversi, tapi kini keuntungan pracukai dan zakat sehingga 30.9.10 sebanyak RM1.28 billion.  
~Berapa agaknya dividen untuk pemegang sahamnya?
~Berapa pula bonus dibayar untuk staffnya?  Dengarnya sebelum ni staff mendapat setahun bonus! 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...