Saturday, October 30, 2010

Pelik Tapi Benar : Bilionair dapat subsidi rumah

BEIJING: Tokoh internet berpengaruh Ma Huateng dilaporkan berada di nombor sembilan dalam senarai majalah For-bes orang paling kaya di China dengan jumlah kekayaan AS$4.4 bilion.Bagaimanapun beliau didakwa masih menerima subsidi rasmi perumahan. AS$450 (RM1,440) sebulan.

Ma, 39, adalah pengerusi portal Tencent dan disifatkan sebagai ‘bakat tempatan terkemuka’ oleh pihak berkuasa di selatan Shenzhen bersempadan dengan Hong Kong, tempat syarikat beliau beroperasi.

Dengan gelaran itu membolehkan beliau layak menerima 3,100 yuan (AS$450) sebulan dalam bentuk subsidi rumah sepanjang tempoh lima tahun sebagai insentif membeli atau menyewa sebuah flat di bandar raya terbabit, lapor Global Times yang memetik sumber kerajaan.

“Dasar subsidi perumahan bertujuan menarik lebih ramai bakat ke Shenzen dan membuatkan mereka tinggal di sana,” kata seorang pegawai di biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Shenzhen yang hanya dikenali sebagai Liu.

“Bandar raya ini kehilangan saingan kepada bandar raya lain seperti Beijing dan Shanghai.”
Lebih 2,900 orang dipercayai menyumbang kepada peningkatan bandar raya terbabit mendapat keuntungan dari program awal tahun ini dengan satu pertiga daripada mereka adalah ahli perniagaan, kata laporan terbabit.

Akhbar South China Morning Post menyatakan, kebanyakan pegawai korporat kanan termasuk dalam senarai itu.

Berita berkenaan mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk tempatan terutama di kalangan komuniti online ketika meningkat-nya harga hartanah dan kebimbangan mengenai jurang pendapatan semakin lebar di negara itu.

“Orang biasa tidak mampu membeli flat dan tiada dasar yang ditekankan mengenainya tetapi kerajaan membiayai subsidi membeli rumah di kalangan orang kaya. Siapa yang boleh selamatkan China?” tanya seorang pengguna melalui kirimannya ke netease.com.

Dalam satu komentar, Shanghai Evening Post pula melaporkan: “Sebarang dasar pemerintah perlulah tidak bertentangan dengan dasar kesamaan sosial atau menjejaskan perasaan masyarakat umum atau ia boleh disifatkan sebagai satu layanan kepada ‘penduduk super’. – AFP

Sedikit mengenai Mua Huateng

                    

Ma Huateng dilahirkan pada 29 Okt 1971 (39 tahun) di Chaoyang, Guangdong, China. Lulusan  Sains Komputer, Universiti Shenzen.  Pengasas bersama Tencent Computer System Co., Ltd. Ma merupakan perintis kepada pembangunan Tencent Instant Messenger yang digunakan secara meluas di internet. Ma merupakan perintis internet terkaya di  negeri China.

p/s ~ pelik org kaya pun diberi subsidi

1 comment:

  1. patotnya chun yg dapat subsidi rumah ni..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...