Saturday, October 16, 2010

Panggilan Ka'bah

Hari ini 16.10.2010 bersamaan 8 Zulkaedah 1431 H.  Dah masuk bulan haji. 

Pada yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah musim haji tahun ini, ana ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji. Semoga mendapat haji yang mabrur dan sentiasa sabar menempuh berbagai dugaan dan rintangan.


Masih terbayang, kali pertama ana menjejakkan kaki di bumi Mekah dan Madinah pada tahun 1987 untuk menunaikan ibadah haji.  Perbelanjaan haji cuma RM5,000 sahaja dan pada tahun itu jugalah sistem muasasah diperkenalkan.  Waktu tu belum ada sistem pakej haji macam sekarang ni.  Ana ke Mekah dalam kumpulan seramai 8 orang dan ana adalah yang paling muda.  Alhamdulillah....... namun dari 8 orang jemaah, 3 orang telahpun meninggal dunia.

Tahun 1987, makan dan minum, jemaah haji kena urus sendiri, berbeza dengan keadaan sekarang makan dan minum disediakan oleh TH.  Biasanya makanan dibeli di kedai nasi Arab ataupun daripada penjual di kaki lima kedai yang terdiri daripada orang Pattani. Ada juga jemaah haji yang memasak makanan.


Juadah yang popular di kedai nasi arab adalah ayam panggang yang dicucuk pada batang besi yang berpusing2.  Ayam ni biasa dilihat di pasar malam/pasar Ramadhan di Malaysia.  Bezanya ayam di tanah Arab dimasak menggunakan elektrik tapi di Maaysia menggunakan arang. Mungkin juga kaedah memanggang ayam ini asalnya dari Mekah.  Ayam ni biasanya dibeli seekor dan dimakan beramai-ramai dengan kuah sambal pecal yang dibawa dari Malaysia.  Sedap tau.  Sambal pecal ni kalau makan dengan tomato pun sedap.  Tomato di Mekah adalah lebih rangup dan manis berbanding di Malaysia.

Di Arafah pula, khemah yang disediakan adalah khemah biasa daripada kain guni dan tiada penghawa dingin.  Pokok pun tak banyak ditanam.  Berbeza dgn keadaan sekarang, khemah adalah kalis api (ekoran daripada kebakaran yang berlaku) dan disediakan penghawa dingin.  Pokok2 juga banyak ditanam jadinya taklah panas sangat.

Setiap kali tiba musim haji, lagu panggilan Ka'abah pasti berkumandang.  Lagu nyanyian Nur Asiah Jamil ni memang evergreen.  Bila dengar lagu ni ternampak2 Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Mina, Arafah ......... bilalah agaknya dapat  ke sana lagi untuk  mengerjakan haji?

Alangkah bagusnya kalau dapat menunaikan ibadah haji  setiap tahun.

2 comments:

  1. awalnya Ana dpt ke sana...time tu sy baru setahun lebih...hehe...

    Ana boleh pergi lagi...tp jgn ikut Tabung Haji..mudah sikit... :)

    Ayah N Ibu sy baru jer tahun lepas pergi...sekarang ni dieorag geram jer tgk cerita2 pasal haji..sama macama Ana,,,mereka teringin nak pergi lagi... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KONTEST MORTAR BOARD

    ReplyDelete
  2. @nabilah_2908hi klu nabilah nak pergi elok rancang dr skrg daftar dulu sbb ana dah daftar tapi perginya tahun 2019. entah ada nyawa lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...